Assalamualaikum,
.
Dah lama sy tak masuk entry pasal ayam. Sejak dua menjak ni sibuk sket dengan macam2 agenda. So, now is the time for me to share with you what happen here in the past two weeks.
.
Reban ayam sy adalah tempat yg sy akan datang setiap hari. Setiap hari hampir 4-5 kali sy ke reban ayam ni. Sebab reban ayam sy betul2 di belakang rumah ayam sy. So, jalan kaki 2 minit pun dah sampai. Memandangkan sy selalu datang ke reban, sy nak kena jadikan reban ayam sy ni tempat yg betul2 menarik utk sy datang dan duduk di sana.
.
Sebelum ni, sy dah masukkan entry yg sy buat bilik air baru, surau baru dan tempat rehat baru utk pekerja2 sy. Semua sy buat sendiri dengan kos hampir RM5000. Budget asal hanya RM3k, tapi biasala buat projek apa yg tak terover budget.
.
Skrg sy dlm proses utk mengindahkan reban ayam sy. So, tempat yg perlu dicantikkan skrg ni adalah tempat rehat bila sy ke reban. So, jom tengok apa yg sy dah buat di reban sy skrg ni..
.
Sebelah kiri adalah bilik air dan sebelah kanan adalah surau. Mula2, kena cat putih dulu.. Undercoat...

Ni pulak, adalah tempat kolam ikan sy. Cadangan tempat utk air terjun nanti. Sebelah kanan tu ada lubang sket utk angin luar masuk ke tempat sy rehat.

Sy plan utk lukis mural kat dinding tempat sy berehat ni. Merangkumi dinding luar toilet dan surau serta tempat kolam ikan sy. Sy pun panggil la jiran sy yg selalu melukis dinding mural utk lukis di sini. Dia suruh sy beli cat, 2 tin cat hitam, 2 tin cat hijau tua, 1 tin cat putih dan 1 tin cat kuning tua.. Sy pun beli la, pastikan ICI Dulux utk hasil yg terbaik.


Abg Mahdi memulakan lukisan di sebelah kanan kolam ikan sy. Tema lukisan sy ni, sy nak ada pemandangan tasik, ada pemandangan air terjun dan pemandangan hutan. The rest, I leave to him. Sebab, dia perlukan ilham utk menterjemahkan apa yg sy minta di atas dinding tu. Sy tak boleh bagi banyak sgt instruction, nak itu dan ini sebab kalau minta banyak2, nanti ilham dia tak mari... Gambar yg dia lukis skrg adalah gambar pokok2 buluh di tepi tasik..

Bangla sy cat undercoat. Abg Mahdi meneruskan lukisan dia utk lukis daun2 yg berjurai. Dia hanya menggunakan satu berus cat sahaja.

Dah siap gambaran awal. Sebelah kanan ada pokok2 buluh. Sebelah kiri, ada daun2 yg berjurai dan di bawah ada batu2 di tepi tasik. Sebab di bawah tu ada kolam ikan nanti...

Utk lukis batu2 tu, dia hanya menggunakan jari dia sahaja.

Skrg menggunakan tangan pulak utk lukis awan dan langit...

Skrg guna berus pulak utk lukis daun2 pokok yg berada jauh di sebelah tasik sana... Bawah tu ada batu2 warna putih hitam...

Siap lukisan satu side.. Dia sambung lukisan di sebelah lagi satu. Sebelah kanan dia tu, lukisan air terjun yg mengalir dari atas.

Touch up utk pokok2 dan daus daun hutan. Guna tangan lagi kali ni. Sebelah kanan tu pintu utk masuk ke surau.
Hasil yang sudah siap. Close up gambar pokok2 buluh dlm hutan... Bawah pokok buluh tu ada macam air sket2...

Ni pulak gambar air terjun dari atas. Melimpah di atas batu... Air terjun ni jatuh atas satu 'rak batu' yg sy buat. Dari sini akan ada air terjun yg betul2 jatuh ke air. Sy belum pasang lagi cermin tempat air terjun yg betul2. Dah pasang nanti, lagi cantik, ditambah dengan air terjun yg turun nanti...

Gambar bila dah siap. Satu side nampak pemandangan hutan yg penuh dengan pokok2.

Lagi satu side pulak nampak pemandangan air terjun sebelah kiri dan nampak batu2 di tepi tasik sebelah kanan. Di bahagian bawah pulak akan ada kolam ikan sy..
.
Ok, Alhamdulillah, siap satu lukisan. Bila sy tanya Abg Mahdi, kalau bayaran profesional utk lukisan ni, dia minta berapa.. Dia cakap biasanya lukisan mcm ni harga RM1000-RM1200. Tapi, disebabkan dia jiran sy, ada la sket special diskaun utk sy..
.
Hmm.. Tempat rehat ni belum siap sepenuhnya lagi.. Lepas ni nak kena siapkan wiring pulak. So that ada lampu, kipas di surau, bilik air dan tempat rehat.. Reban Ayam Ku.. Syurga Ku...
.
Macam mana pandangan para pembaca? Ok tak lukisan ni..... Any comment?
.
Wassalam

1 ulasan:

  1. ok lukisan tu tapi kalau ada gambar pakcik naik sampan menjala ikan lagi cantik...

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top