Assalamualaikum,

Semalam, sy dikejutkan dengan kematian ayam secara berjemaah di reban ayam EP11. Ayam betina di tingkat atas mati 1 ekor aja dlm sehari. Tapi ayam jantan, mati 72 ekor waktu petang dan kebanyakan ayam mati di sebelah kipas.

Ni antara gambar ayam yg mati. Satu pintu reban mati dlm 25 ekor. Banyak tu. Tu belum campur ayam di pintu2 lain.

In total, 3 guni, dan satu tong ayam. Dlm guni tu semua ayam mati.. Uhuksss.. Teruk sy kali ni.
.
Lepas sy buat post mortem ke atas ayam2 mati.. sy tgk semua organ dalaman ayam dlm keadaan baik. Dan sy mula suspek ayam ni mati sebab panas. Sy masuk dlm reban pukul 6 petang.. Sy cek keadaan ayam2 yg lain. Sy cek taik ayam. Tak dak pulak nak menunjukkan tanda2 yg ayam tu sakit. Sy rasa suhu dlm reban tak lah panas sangat.. Tapi, sy still suspect ayam2 ni panas. So, pegang beberapa ekor ayam dibahagian dada... sy rasa ayam tu panas daripada biasa. So, sy terus kena react utk cool down balik ayam2 ni.
Sy panggil Bangla utk ambil pam air dan sembur air kosong dlm reban. Utk sejukkan ayam2 dlm reban.

Ni la gambar mist dari tong pam tu. Bila mist ni keluar, debu air ni akan berterbangan dan menyejukkan keadaan ayam dlm reban.. So, boleh la membantu sket utk turunkan suhu dlm reban.

Pekerja sy meneruskan pam air dlm reban.
.
Keadaan2 mcm la bila kita bela ayam kita terpaksa hadapi. Jangan panik atau cepat putus asa. Walaupun dlm hati sy, mengeluh gak la sket.. (Rugi aku hari ni sekitar RM500). Nak buat maca mana, kita cuba buat yg terbaik.
.
Sy harap cuaca hari ni tak sepanas semalam. Insya Allah, kalau tiada aral melintang. Hari Rabu atau Khamis akan start jual ayam di EP11. Moga Allah beri yg terbaik utk semua. Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top