Assalamualiakum,

Sy ada dpt emel yg bertanya soalan2 di bawah. So, better sy jawap soalan2 tu disini. Lebih ramai yg boleh mendapat manfaat.

"k.ros dari trg nak mintak tunjuk ajar. serba sedikit latar belakang k.ros: ex mrsm k.trg student tahun 1988 bela ayam dah 7 pusingan tapi rugi memanjang 2 kali jer untung. until now tanggung rugi kat 80k. bela dlm reban terbuka contract farming dgn TD poultry, sepusingan 25K. sekarang guna kipas dan sistem fogging dlm reban. nak try dgn CP pulok ni. tapi nak tahu term dia camner. dlm blog firdaus ada cakap tentang penyakit ayam, kalau batuk selsema,cacing, sakit usus nak pakai ubat apa. vitamin dan em jenis/brand apa? hot and cold stress pakai apa tuk kurangkan stress. harap email ni menjadi permulaan persahabatan anak2 mara."

Jawapan:

1) Sy agak kurang pasti dengan syarikat integrator di Terengganu. Rasanya syrkt2 besar tak der buat kontrak farming kat sana. Tapi, trylah tanya Manager CP di Pahang, nama dia Sazuwan.. Mana tau dia boleh bantu Kak Ros di Terengganu. Ni no dia : 017-7780455.

2) Biasanya, kalau bela ayam dengan syarikat integrator yg kecik, memang nak untung susah. So, better bela ayam dengan syarikat integrator yg lebih besar.

3) Kesiannya sy dengar, 7 kali bela 5 kali rugi. Dua kali aja untung. Macam mana boleh jadi macam ni, mungkin harga kontrak tak ok kot. Dlm kes ni, ada dua potensi, pertama mungkin harga kontrak yg menyebelahi integrator atau yg kedua performance ayam tak bagus. Cuba kak ros kira, berapa FCR setiap pusingan. Kalau FCR bawah 1.7, maksudnya kak ros dah pandai bela. Kalau FCR lebih 1.7, maksudnya Kak Ros kena belajar banyak lagi dlm ilmu ayam ni.

4) Biasanya, di sini kalau bela ayam reban open akan dpt untung kurang sket.. Sbb susah nak kawal keadaan cuaca. Masa anak ayam sejuk dan masa ayam dah besar pulak panas. So, bila suhu tak sesuai dgn umur ayam. Akan effect performance ayam dan ayam akan senang kena penyakit. Bila kena penyakit, ayam susah nak besar, tapi makan kuat. Kesannya, rugi....

5) Ni secara ringkas sy bagi senarai penyakit dan ubat :
i ) Ayam Batuk = Ubat Doxy + Tylosin ii) Cacing = Ubat SQ @ ESB3 @ Amprol @ apa apa ubat yg ada sulphurqunaxaline iii) Usus = Ubat Neomix, Collistine @ apa2 ubat yg ada Neomiycin. iv) Buah Pinggang Bengkak = Nephryil v) Vitamin = Cari vitamin yg ada Asid Amino. e.g Biovit, Amnovit, Amnivet. Vitamin ni dicampur dengan gula putih dgn kadar 10kg = 250 gelen air.

Harap penjelasan sy ni dpt membantu. Moga pusingan depan kak ros boleh untung lebih sket. Boleh juga sembang dengan Okaz. Dia pun banyak pengalaman bela ayam open di Kelantan. Kak Ros boleh chat dengan Okaz, dia selalu ada di Shoutbox sy...

* Sy simpati dengan kak ros, harap kak ros sabar dan tabah meneruskan perjuangan dlm ternakan ayam ni, dulupun sy ambil masa 2 tahun utk dpt ilmu ternakan ayam. Semuanya sy belajar sendiri, buat sendiri A to Z. Sampai kita boleh faham bahasa ayam.. Bak kata org.. sekilas ikan di air, sudah ku tahu jantan betina. Sy sambung sket lagi, sekali ayam bunyi, sudah ku tahu sihat sakitnya.... Belajar pelan2 ok...

That's all. Wassalam

3 ulasan:

  1. harga dgn intergrator ler ni mahal 82 utk starter, 82 utk grower/finisher. al maklum beli dgn kilang.yg duk bertahan pasal baru2 ni ada insentif. kalau tak dah lama menangis x berlagu.
    ayam selalu kena selsema ada sekali tu sampai 25% mortality kena sakit buah pinggang yg mati terlengkup tu.fcr jgn cerita lah mesti 1.9 keatas.sekarang dah tahu punca ayam sakit pasal guna air boreng( air dlm tanah ada kuman) tu pasal kalau beri ubat pun x jadik jugak. ni nak keluar ayam reban 3&4 kecik x besar2 pening kepala datang lagi..:P

    BalasPadam
  2. aku ada pengalaman pasal mati terlengkup tu(superman). tapi aku pakai air paip... sbb makanan gak. hantar makanan tu ke makmal dan hasilnya sbb jagung lama..

    BalasPadam
  3. Air dlm tanah memang tak boleh pakai utk minuman ayam. Sebab pH air selalu berubah ubah. Ada kesan utk ayam. Di sini, siapa yg pakai air tanah, mesti performance ayam tak konsisten.

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top