Assalamualaikum,

Setelah mengembara 14 hari, merantau mencari keredhaan Illahi, membuat Penyucian Jiwa di Tanah Suci... Alhamdulillah, semalam sy selamat sampai di bumi Malaysia. Pukul 1.15 tengah hari, kapal terbang mendarat di KLIA. Pukul 3.30 petang, selepas mendapatkan semua beg dan air zam-zam dan selepas habis pemeriksaan imigresen, kami semua bertolak terus pulang ke Parit Buntar.

Sepanjang tempoh 14 hari ni, bermcm2 pengalaman baru yg sy peroleh dan sy rasa perlu dikongsi bersama. Bersama sy sepanjang 14 hari ni ialah isteri sy, Maria, mak mertua sy dan member sy dari Nibong Tebal, warga Bangladesh bersama 123 jemaah yg lain dari seluruh Malaysia.

Rombongan kami agak besar... 127 org semuanya dan kami dibahagikan kepada 3 kumpulan. Berlepas dgn kapal terbang yg sama, cuma hotel kami di sana yg berbeza... Aktiviti2 lain semuanya dilakukan secara bersama dan kami pulang ke Malaysia dengan kapal terbang yg sama.

Kami semua menunaikan umrah dengan Syarikat Andalusia. Yg diketuai oleh Ustaz Datuk Daud Che Ngah. Alhamdulillah, secara ratanya semua jemaah berpuas hati dengan perkhidmatan yg diberikan oleh syarikat muassasah ini yg menguruskan urusan umrah kami dari A to Z.

Buat masa ni, sy tak boleh nak cerita lebih2... Terlalu banyak kerja2 yg perlu diselesaikan. Antaranya... nak gi klinik.. Sebab sy skrg batuk berkahak dan hidung berdarah... Dan beberapa urusan2 lain yg perlu disetelkan. Ayam2 sy pun sy tak pi tgk lagi...

Insya Allah, kalau ada kelapangan nanti sy akan ceritakan pengalaman2 menarik sy di sana.. Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top