Assalamualaikum,

"Bos, cepat bos cepat!!! Ada letrik problem"... Sy pun terus berlari ke arah tempat yg dimaksudkan. Bila sy sampai, Bangla sy cerita yg ada satu equipment tu yg berasap. Perghh.. Bahaya ni. Benda yg berasap tu adalah energy saver yg sy pasang 4 tahun lepas. So sy nak kena disconnect wayar yg bersambung dekat Chain Over.

Utk bukak wayar ni, sy terpaksa off semua incoming TNB supply. The impact is, semua kipas di reban terpaksa ditutup sementara. Dan sy terpaksa bukak kanvas utk bagi sedikit udara bagi ayam bernafas.

Ayam dah umur 29 hari, dan bila kena off kipas dan bukak kanvas. Sy agak cuak. Sy kena bertindak pantas. Utk disconnect wayar dari chain over.

Sy pun tak pernah bukak chain over ni, sebelum ni tengok aja org pasang. Tak pernah bukak sendiri. Tapi, bila keadaan memerlukan, terpaksala buat sendiri. Alhamdulillah, semuanya selamat.


Kanvas reban terpaksa dibuka seketika. Utk bagi aliran udara yg lebih baik utk ayam.
.
Cuba bayangkan kalau benda ni jadi masa sy tak dak kat reban.. Dan masa tu sy ada jauh dari sini ka.. Aduh.... Problem2.. Alhamdulillah, so far semuanya ok. Allah uji masa sy ada kat sini.
.
Masa hari ke 28, ayam di dua2 reban ok. Berat not bad. Alhamdulillah. Skrg ayam dah umur 31 dan 30 hari. Fuh.. Pejam celik2 dah nak jual ayam. Insya Allah, kalau tak ada sebarang masalah, umur 38 hari ni ayam akan start jual. Mudah2an, Allah beri yg terbaik dan beri untung yg lebih tinggi pusingan ni.. Amin..
.
Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top