Assalamualaikum,

Dah lama tak update pasal ayam.. Ayam skrg dah umur 24 hari dan 23 hari. So far so good. Masa hari ke 21, sy dah timbang ayam di dua2 reban.

Ayam di reban EP11 berat jantan 892g dan betina 822g.. Not bad. Problemnya, ayam di EP07.. ayam di reban ni tak berapa berat sangat. Jantan 882g dan betina 780g. Hmm... Maklumlah, ayam di reban EP07 baka ROSS compared ayam di reban EP11 yg baka COBB. Biasanya, baka COBB akan lebih cepat membesar. Baka ROSS pulak slow and steady.

So far mortality below 1%. Alhamdulillah. Tengok trend ayam skrg ni, memang ok. Mungkin cuaca yg panas masa 2 minggu pertama membantu kesihatan ayam skrg ni. Kalau ditanya CP pun skrg ni, hampir kesemua penternak CP dapat untung lebih RM1.. Yg tak pernah untung pun untung tinggi kali ni..

Sahabat sy di Kuala Gula, Hj Zaini skrg bela 20000 ekor sepusingan. Dan pusingan lepas dia untung RM1.35 per bird. Alhamdulillah. Seronok dengar ramai farmer boleh buat duit skrg ni. Hj Zaini pulak skrg tengah up sebuah lagi reban baru which cost him RM680 000 utk 40 000 ekor ayam.

Rasanya, oklah kot setakat ni. Lain kali update lagi. Skrg ni sibuk sangat. Macam2 hal nak kena setel. So, kalau blog ni tak terupdate.. Paham2 aja la..

Wassalam..

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top