Assalamualaikum,

Ayam skrg dah umur 16 dah 15 hari. Setakat hari ni, ayam di EP11 nampak ok, cumanya ayam di EP07 nampak kurang sket. Because of that, sy baru selesai buat treatment utk ayam di EP07. Dah 3 hari bubuh ubat utk cuci usus anak ayam tu. Dan lepas tu sy dah masukkan vitamin. Skrg kena monitor what the reaction.

Biasanya kita berikan vaksin kepada ayam masa umur 14 hari utk Gumboro. Tapi, disebabkan ayam di EP07 agak kurang sihat, Dr CP minta sy delay sket vaksin Gumboro. Why we need to delay, biasanya lepas kita bagi vaksin kepada ayam. Ayam akan mengalami stress. So, kalau kita bagi vaksin masa sakit, ayam akan bertambah sakit dan kemudian bertambah stress. So, vaksin hanya bila ayam sihat. Kalau ayam sakit melampau, kena skip vaksin.

Masa ayam umur 14 hari, ayam di EP11 berat 473g jantan dan 452g betina. Which is good. Ayam di EP07 berat 422g jantan dan 411 g betina. Which is just about the average performance. Not bad la. Dlm keadaan ayam di EP07 nampak sakit dan boleh achieve this weight bagi sy ok. Harap boleh recover lagi lepas ni...

Update pasal farmer lain plak.. sahabat sy di Kuala Gula utk pusingan lepas dpt untung RM1.35 seekor. Dia bela 20 000. So, kira ok la... Memandangkan 2 pusingan terakhir ni dia untung cantik, dia pun dah mengorak langkah seterusnya. Dia dah pun mula menaikkan sebuah lagi reban baru. Yg boleh memuatkan lagi 40 000 ekor ayam sepusingan. So total ayam dia 60k sepusingan. Hmmmm.. Kalau la untung bersih seekor RM1 setiap pusingan... Dah makan besar sahabat ni.

Oklah.. That's all for now. Till then. Wassalam..

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top