Assalamualaikum,

Update ayam pulak. Hari ni ayam di reban EP11 umur 9 hari dan di EP07 8 hari. Cuaca sekarang ni... hmmm.. tak yah cakap la.. Memang panas tahap tertinggi la... Dalam reban suhu mencecah 35.8C. Biasanya umur 9 hari sy guna 1 kipas saja, tapi memandangkan cuaca yg panas melampau.. Sy terpaksa guna 2 kipas. Kalau guna 1 kipas jugak, ayam tak leh tahan.

Panas tak panas cuaca skrg ni, sy guna heater utk anak ayam 4 hari saja. Hari ke 5-6-7 tak perlu pakai heater dah. Malam pun dlm reban dah panas....

Masa hari ke 7, pekerja timbang ayam. Berat ayam di EP11 jantan 193g dan betina 185g. Berat di EP07 jantan 171g dan betina 170g. Standard weight utk ayam hari ke 7 adalah 160g utk jantan dan betina. So far, performance ayam ni bagus. Nampak keadaan dlm reban pun bagus. Ayam nampak cergas. Berlari ke sana dan ke mari. Kematian skrg ni dah semakin berkurang. Alhamdulillah.

Update sket pasal kawan sy yg ternak ayam di Pokok Sena, Kedah.. Dia ternak 26, 000 ekor. Dah dua pusingan dia bela, tak pernah dpt lagi RM1. So, dia ada dtg ke tempat sy dan belajar dari sy teknik2 ternakan ayam. Skrg ayam dia dah umur 37 hari. Dari apa yg sy sembang dengan dia, ayam dia ok la. So, kita tunggu sampai ayam dia habis jual. Kalau dia boleh dapat lebih RM1 kali ni, sy tumpang gembira on his behalf.

Lagi satu brother yg dtg belajar dengan sy di Tasek Gelugor, ayam dah habis. Pusingan lepas dia dpt RM1.11.. Bagi sy ok la. Tapi dia kata dia tak puas hati sebab tak dapat macam yg sy dapat. Sy kata lah, Mungkin bukan rezeki dia kali ni utk untung lebih.. Mungkin lain kali untung lebih. Insya Allah..

Oklah. That's all. Wassalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top