Assalamualaikum,

Ayam di EP11 dah habis. Ayam tak lah berat sangat. Average weight 2.20kg saja. Mortality 2.0% and FCR 1.64... total profit RM1.xx per bird.. Alhamdulillah..

Masalahnya ayam di EP07, agak slow sale ayam di reban ni.. Skrg dah umur 42 hari dan baki ayam masih ada 8000 ekor lagi. Ayam pulak saiz dah besar, tak tau la macam mana CP nak jual.. Susah nak cakap.. Ayam dah terlebih besar.. Dari satu sudut, bagus la ayam berat dan insya Allah untung lebih sket, cumanya nak kena habiskan cepat sket sebab nak masuk anak ayam utk next cycle on 19th & 20th Feb. Kalau tak leh clear ayam ni cepat, terpaksalah tunda kemasukan anak ayam..

Skrg ni ramai farmer yg dpt untung more than RM1 per bird. Mungkin skrg ni cuaca panas... dan jarang hujan. Sesuai utk ternakan sebab ayam tak stress dengan heat-cold stress....

Tempahan baja tahi ayam sy kali ni Alhamdulillah. Entah dari mana, tiba2 last2 minit ni banyak pulak org order baja...

Oklah... that's all. Petang ni sambung tangkap ayam lagi... Harap CP boleh clear cepat semua ayam yg tinggal lagi ni...

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top