Assalamualaikum,

Ni yg tension ni. Dah taip panjang2, terhilang pulak.. Nak recover balik tak sempat pulak. Nak taip lain. Hmmm. Taip sekali lagi ni ringkas2 dah la..

Modem komputer sy rosak hari Sabtu dan Ahad. Hari Isnin baru ok, tak beronline la sy weekend lepas. Tu yg tak sempat nak update blog.

Anak ayam kali ni datang dari Kuala Kangsar. EP11 baka COBB dan EP07 baka ROSS. Biasanya, mengikut teori, baka COBB akan memberi keuntungan yg lebih berbanding baka ROSS. So, let us wait and see... Pusingan lepas, sy untung lebih sket.. Dan kedua2 reban dpt baka COBB. Pusingan sebelum tu untung kurang, dan baka ROSS. So, kali ni COBB dan ROSS.. Ni secara teori aja la. Kalau dapat COBB tapi tak pandai jaga, hmmm... hancur jugak lah..

Lori anak ayam yg baru sampai

Pekerja sedang mengangkat anak ayam keluar dari lori

Random sample.. Beberapa kotak anak ayam akan ditimbang utk tengok average anak ayam

Ayam hitam tu tanda anak ayam ni COBB...

Lepas keluar dari kotak, anak ayam terus makan dan minum... Bermula la episod baru kehidupan anak2 ayam ni.. Makan minum tidur .. makan minum tidur untuk 37 hari dan kemudian ready utk disembelih...
.
Oklah.. Harap untung lebih kali ni.. Amin...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top