Assalamualaikum,

Sy dapat emel dari sorang reader blog sy.. Better I answer his questions here so it will benefits more people..

Ditempat saya terdapat seorang penternak ayam yang ingin menyewakan reban ayam beliau. Reban tersebut mampu menempatkan kira-kira 20,000 ekor ayam. Untuk pengetahuan tuan reban tersebut mengunakan sistem reban tertutup.

Masalah saya:

1.Saya ingin mendapatkan kontrak dengan integrator tetapi saya tidak tahu dengan siapa saya harus hubungi.

Please let me know your area so that I can give you the contact person to contact. Integrator ada banyak, CP, CAB, Ayamas, Leong Hup, Pin Wee dan macam2 lagi.. So, kalau sy dah tau tempat, senang nak bantu..

2.Saya juga tidak mempunyai modal yang tidak begitu besar. Modal yang saya mampu keluarkan adalah sekitar Rm80,000 sahaja.

Kalau dah ada reban nak di sewa, so tak perlu duit banyak.. Sewa ajalah dengan owner tu... Dan terus ternak ayam.. tak perlu modal besar2. Modal besar hanya perlu kalau nak buat reban baru.. Mungkin perlu sket duit utk nak repair reban tu mana2 yg perlu..

3. Saya diberitahu bahawa sekiranya saya ingin mengikuti skim kontrak ternakan dengan KFC saya harus mencagarkan tanah reban ataupun deposit sebanyak Rm100k, adakah ini benar?

KFC memang agak rigid sket.. Terutama to new farmer. Masa sy mula2 nak bela ayam, nak gak try dpkan kontrak dari KFC, tapi susah.. Biasanya, new farmer memang dia akan ambil deposit @ cagar tanah ke KFC. Biasanya KFC ambil deposit seekor ayam RM2. Kalau ternak 20k, kena bayar deposit ke KFC RM40k.

4. Secara ringkasnya, saya ingin menyewa reban tersebut untuk menternak ayam pedaging melalui skim kontrak ternakan tetapi saya tidak mempunyai sumber kontrak tersebut dan saya hanya mempunyai modal sebanyak RM80,000 sahaja.

Diharap tuan dapat membantu dan membimbing saya dalam hal ini. Saya sudah kebuntuan jalan.

Kalau ada masalah lagi, let me know.. Sy boleh bantu setakat yg termampu...

* For beginner, sewa reban adalah cara terbaik utk menceburi bidang ni.. Sebab kita tak perlu modal yg besar.. Tapi, kita kena cek kenapa org tu nak sewakan reban dia kepada kita. Biasanya org yg ternak rugi aja yg nak sewakan reban kepada org lain.. Cuba cek apa masalah...

Wassalam..

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top