Assalamualaikum,

Ayam hari ni dah umur 32 dan 31 hari. Berat ayam masa hari 28 di EP11 1511g jantan dan 1430g betina. Bagi sy berat ni dah kira terbaik. Above average. Di EP07 kureng sket. Ayam jantan berat 1415g dan betina 1386g. Tapi still not bad. Tengok keadaan ayam tu, rasanya boleh catch up lagi..

Alhamdulillah, sampai skrg ayam kali ni senang sket nak bela. Tak banyak masalah. Ayam ok aja. Bila ada sakit sket2, bagi ubat dan cepat recover. Pejam celik pejam celik, ayam dah pun umur 32 hari. Macam tak sangka, dalam 5-6 hari lagi ayam dah nak tangkap. Hmm.. Pantas sungguh masa berlalu....

Sy ada call kawan sy yg ternak dengan CP, ada kawan di Bukit Gantang yang untung RM1.52 utk seekor ayam. Dan reban dia lagi satu dapat RM1.35 seekor. Reban2 dia yg lain dpt RM1 ke atas.. Perghh.. Memang terbaik lah.. Mungkin rezeki dia kali ni..

Kawan sy Azlan juga di Bukit Gantang pun dpt RM1 jugak. Baru2 ni Dr CP datang buat site visit utk cek kesihatan ayam. Sy ada la sembang dengan dia kejap, dia kata skrg ni 60-70% farmer CP dpt untung RM1 ke atas di bahagain Ipoh. Sebab skrg ni musim ayam tengah cantik...

Oklah kot.. Nanti update lain. Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top