Assalamualaikum,

Ayam skrg berumur 19 dan 18 hari. EP11 ayam ok, cuma ayam di EP07 kureng sket.. Tapi still not bad and still boleh pickup.

Pagi semalam, masa saya masuk reban di EP07.. sy boleh nampak macam ayam2 kat reban tu agak kecil berbanding ayam di EP11. Biasanya, kalau ayam kecil pada usia ni.. ayam ada masalah usus. Bila makan, makanan ayam tu tak boleh nak digest... so, bila berak pun boleh nampak macam najis ayam tu ada problem.. Tak macam taik ayam yang sihat.. So, sy pun letakkan ubat Neomix that contains Neomycin.. Sy dah letak ubat tu 3 hari... Lepas tu, monitor for next action...

Before this, sy ada cerita pasal ayam pak su sy di Johor. Semalam, sy call Pak Su sy dan tanya macam mana ayam...Dia cakap, ayam dia dah habis.. Alhamdulillah. Based on his personal calculation, dia dapat RM0.45 utk seekor ayam. Dan dia ternak 50 000 ekor. Average weight dia 2.93kg, with FCR 2.01 dan mortality 10%. Mula2 sy terkejut dengar average weight dia 2.93kg. Berat gila, tapi mcm sy citer dulu... ayam dia keluar lambat... Ayam umur 53 hari baru habis... Nauzubillah la jadi macam ni kat sy... Sayang, sebab ayam dia sebenarnya berat dan cantik, cumanya bila CP tangkap lambat.. ayam banyak mati... Utk untung yg optimum, ayam biasanya kena habis dalam 44 hari.

Mudah2an, lepas ni Pak Su sy dpt untung yg lebih utk pusingan2 yg seterusnya.. Amin..

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top