Assalamualaikum,

Update ayam sket. Skrg ni ayam berumur 15 hari di EP11 dan 14 hari di EP07. Seperti biasa, sy akan monitor berat ayam setiap 7 hari. Dan pada hari ke 14, berat ayam di EP11 jantan 490g dan betina 487g. Berat tu bagi sy dah above average. FYI, kalau kita monitor berat ayam weekly, kita dpt detect at early stage in case of any problem.

Berat di EP07 pulak 445g jantan dan 438g betina. Standard berat utk hari ke 14 adalah 450g utk jantan dan betina. Nampak gayanya, setakat ni ayam di EP11 lebih baik dari EP07. Mungkin sebab ayam di EP11 tu ayam Cobb dan EP07 tu ayam Ross. Biasanya ayam baka Cobb akan membesar lebih cepat dari ayam baka Ross. Tapi, ayam di EP07 tu Parents Stock. Maksudnya, CP hantar ke reban sy ayam jantan yg boleh dijadikan ibu dan bapa ayam.

Anda nak bela ayam... Hehehhe.. bukan sy nak takutkan..... cumanya.. lebih baik bersedia dari segi mental dan fizikal..... cerita yg kurang menyenangkan..... pak su sy ada bela ayam di Johor... dia ternak dengan CP jugak. Sama company dengan sy... Cumanya, sy dgn CP Butterworth.. dia dengan CP Johor.

Pak Su sy ternak ayam 50k sepusingan... Masa sy call dia 2 hari lepas, ayam dia dah berumur 48 hari.. Dan baki ayam dia yg ada dlm reban 30k. Cuba bayangkan... ayam dah berumur 48 hari dan tak habis lagi.. dan still ada 30k ekor lagi.. Sy tak dpt bayangkan kalau benda yg sama terjadi kpd sy.. Nauzubillah.. Hmmm berdasarkan pengalaman sy, kalau jadi macam tu.. tak dak apa yg nak diharapkan... langsung tak nampak tanda2 nak untung... Hmmmm... Sy kat sini pun, kalau ayam umur 44 hari tak habis, sy dah mengamuk dah kat CP... tapi skrg di Johor memang ada serious problem.

CP skrg dah start ternak ayam dia org sendiri... di Johor CP dan start ternak ayam dia sendiri hampir 1 juta ekor. Lagi 3 tempat yg boleh menempatkan 600 000 ekor ayam dlm pembinaan... So, bila dah siap.. ayam CP sendiri di Johor, Melaka dan N9 hampir 1.6 juta ekor. Maksudnya CP tak rely lagi dengan farmer utk ternak ayam dia.... Hmm.. tu la puncanya kenapa ayam pak su sy sangkut sekarang ni. Ayam dia keluar sekali dengan ayam CP.. Dan seperti biasa, CP akan utamakan ayam dia sendiri.. Kesianla farmer2 yg bela ayam di Johor... Kesan dia dah nak mula2 terasa di bahagian Utara skrg ni...

Tu ajer lah citer pasal ayam setakat ni.. Sambung lagi lain kali. Wassalam.

1 ulasan:

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top