Assalamualaikum,

Umur ayam skrg 33 hari di EP11 dan 32 hari di EP07. Masa hari 32, sy biasanya timbang ayam. Di EP11 berat ayam jantan 1913g dan betina 1687g. Di EP07 berat purata jantan betina yg sy timbang 1840g. Kalau nak ikutkan berat di EP11, ayam jantan memang dah berat. Yg menjadi masalah, ayam betina tak berat sangat.. Di EP07 pulak, ayam jantan dan betina bercampur.. susah nak monitor.

Yang menjadi masalahnya, sebelum ni sy nampak ayam di EP07 banyak yg jantan. Tapi tu masa ayam kecik. Bila ayam ni dah jadi besar, sy nampak banyak pulak ayam betina. Even before this, CP claim ayam yg dihantar ke EP07 mostly ayam jantan. Tapi, bila skrg dah umur 30 hari lebih ni, semakin ketara nampak yg ayam jantan dan betina lebih kurang sama banyak. Tapi, yang jadi masalahnya skrg ni... ayam jantan dan betina ni bercampur. Nak tangkap nanti susah kerja... Ada lori yg nak ayam jantan, ada lori yg nak ayam betina... so, kalau dah bercampur macam skrg ni.. macam mana nak tangkap nanti... Aduh.... kacau2...

Oklah... tak per lah, biarlah masalah ayam ni dihandle nanti... Bila tiba masanya. Skrg ni, tugas sy.. besarkan ayam dan jual.. So, tunggu aja la..

Citer ngeri farmer ayam lagi, baru sy call sembang dengan member farmer di Johor. Dia kata Allah dah selamatkan dia.. Baru2 ni, reban dia hampir terbakar. Bayangkan, ada satu malam tu dia tak leh tidur.. Dan dia pun pi la ke reban dia pukul 2 pagi. Sambil dia duduk di dlm reban tengok ayam, dia terdengar satu letupan dan bila dia tengok... Dia nampak board letrik dia terbakar.. Terus dia lari ke situ dan padam api dengan pasir yang tersedia di situ.. Dan alhamdulillah.. Api dapat dipadamkan dan reban tak terbakar...

Hmmm... cuba bayangkan apa yg berlaku kalau reban terbakar. Pengajarannya... pastikan sistem wiring di reban selamat. Dan pengajaran kedua, pastikan reban ayam kita di lindungi dengan sistem TAKAFUL.... Manalah tau... Nauzubillah... Apa2 pun, jadikan ni pengajaran kepada kita semua..

"Good man learn from his mistake, wise man learn from others mistake"

Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top