Assalamualaikum,

Hari ni sy nak cerita pasal pekerja di reban. Masa saya mula buat projek ternakan ayam daging, sy menggunakan pekerja Melayu.. Sy ada pengalaman menjadi majikan kepada 5 orang Melayu. Dua orang pekerja dlm satu2 masa.

Pekerja sy yg pertama sy namakan A. A umur 17 tahun dan mempunyai fizikal yg cukup utk ternak ayam. Waktu tu, sy pun kerja jugak. Sy buat kerja A to Z. Pendek kata, dari persiapan kemasukan anak ayam hinggalah ke korek baja tahi ayam. Semua sy dah buat sambil di bantu oleh A.

Lepas pusingan pertama, sy dah merasai susah payah menternak ayam. Dah tahu mana kerja ringan dan mana kerja berat. Yg mana cepat yg mana lambat. Yg mana penting yg mana kurang penting... Utk pusingan kedua sy hire sorang saudara sy utk bantu sy. Sy namakan B.

Sepanjang pusingan kedua, A selalu bermasalah dengan B. Dua2 ni tak boleh nak bekerja sekali... Kepala tak sama.. Di penghujung pusingan kedua, saudara sy B minta berhenti kerja sebab tak tahan kerja sekali dengan A. Buntu mencari pekerja baru, A rekemenkan sy untuk ambil sepupu dia kerja dengan sy. So, A pun kerja dengan C dlm pusingan yg ketiga. Sekali lagi, di penghujung pusingan ke3, C minta berhenti kerja. Sebab C kata tak tahan kerja dengan A. Dia kata A terlalu bersikap bossy. A selalu acting buat macam dia bos kat reban sy.. Sebab dia yg paling experience....

Masuk pusingan ke 4, C berhenti kerja dan A propose sy ambil kawan sy yg tinggal berhampiran dengan rumah sy. D ni bekas penagih dadah. Semua org advise sy jangan ambil D... Semua orang ckp, kalau dah penagih tu... sampai bila2 pun penagih. Sebagai seorang muslim dan org Melayu, sy nak tolong sahabat sy D ni keluar dari kepompong kehidupan dia yg bergelumang dengan dadah. Bagi sy, tak salah sy bagi dia peluang. Sy cakap kat D, sy tak nak dengar apa yg orang cakap pasal D di luar, apa yg penting... sy tak mau D buat sesuatu yg tak baik di reban sy.. Dan kalau ada apa2 yg terjadi, D akan bertanggung jawab.

Nampaknya, A dengan D ngam kerja sekali. Depa dpt bertahan selama 3 pusingan sampai sesuatu terjadi di reban... Pada pusingan kelima, A dan D start kerja sekali. Mula2 sekali sy terperasan macam guni makanan kosong sy berkurang dari stok asal. Sy rasa beg kosong macam ada 500 beg, tapi tiba2 pagi tu sy nampak ada lebih kurang 3oo beg aja. Sy tanya la depa mana pi beg kosong , depa kata mana ada kurang. Memang macam tu..

Tuhan tu Maha Berkuasa, keesokan harinya... ada sorang tua bermotosikal datang ke reban sy dan bagi tau sehari sebelum tu dia beli guni kosong dari pekerja sy 200 beg, tapi pekerja sy bagi kurang 30 beg. So, dia datang nak ambil guni kosong lagi 30 beg. Sy pun bagi kat dia 30 beg kosong. Masa org tua ni datang sembang dengan sy, pekerja A dan D tak nampak.

Lepas tu, sy pun buat2 la tanya A dan D pasal guni kosong tu.. Mati2 depa dua org tak mengaku yg depa jual guni kosong.. Lepas tu, sy pun bukak la cerita pasal org tua yg datang bagi tau ada beli beg kosong... lepas tu, A dan D mengaku. Sy pun cakap la, tolong jangan buat hal lagi di reban sy...

Pusingan seterusnya, bila habis ayam sy ke KL sebab ada urusan. Sebelum ke KL, sy ada kira bilangan makanan ayam yg tinggal di reban sebelum dipulangkan ke integrator. Sy kira macam ada 90 beg.. Lepas sy balik dari KL, sy dpt report dari company, return bag hanyalah 70 beg. Sekali lagi sy tanya pekerja A dan D, dua2 kata sy tersilap kira... Dan memang baki hanya 70 beg.. Dlm masa yg sama, sy mula terdengar jiran2 bercerita ada ternampak pekerja sy D mengangkut makanan ayam sy keluar dari reban dengan motorsikal.

Disebabkan tak dak bukti.. sy tak boleh nak kata apa dekat A dan D... Dan memang dua2 tak mengaku pun.. So, continue to the next cycle..

Apa yg berlaku dipusingan seterusnya betul2 mencabar sy... A dan D berpakat... A minta D cover line. Jadi guard... A bawa masuk perempuan ke dalam reban ayam sy dan buat projek di situ. Perghhh...... Jiran2 sy yg nampak habis bukak mulut pasal kes ni... Sebab dlm kes ni yg salah A, sy pun buang A dan tinggalkan D kerja di reban sy. D cadang sy ambil E untuk kerja sekali. E pun kawan sy masa kecil...

Sy ingat E ni ok, rupa-rupanya 2 x 5. D dan E memang geng baik... E selalu bawa keluar dedak dan jual di luar. Sy hairan sebab E cekap sangat buat kerja2 ni.. Selalunya E bawa keluar dedak masa waktu Maghrib sebab dia tahu waktu Maghrib sy selalu ke surau.. So, waktu tu clear. Sekali lagi jiran2 buka mulut bagi tau sy. Tapi, bila sy tunggu nak tangkap kalau2 depa ni curi dedak.... tak nampak pulak.. Hmmmm....

Lepas tu, E bertambah hebat... Dia buat reban ayam sy macam rumah dia... Dia ambil langkah yg lebih berani... setiap pagi pukul 5 pagi, dia akan jemput GF dia datang ke rumah pekerja sy dan buat projek di situ... Yg menariknya, walaupun benda ni jadi pukul 5 pagi, masih ada lagi jiran2 sy yg tahu... Selepas jiran sy menyiasat, dia confirmkan setiap pagi pukul 5 budak perempuan tu akan datang...

So, kali ni jerat di pasang betul2. Malangnya, waktu tu sy di KL. Dan abg sy ada di Parit Buntar, so sy minta Abg sy tolong uruskan apa yg patut di sini... Tepat pukul 5 pagi, perempuan tu datang ke rumah pekerja di reban. Ayah, mak dan abg sy menyorok di satu sudut... Lepas tu nampak D keluar dari rumah tu utk bagi line kepada E buat projek. Lepas budak perempuan tu masuk ke rumah, ayah, mak dan abg sy terus serbu. Malas nak tunggu lama2, nanti kalau dibiarkan lama2, lain pulak jadinya masa serbu tu... E betul2 terkejut, dan minta maaf. Lepas tu, sy terus berhentikan D dan E tanpa notis. Cukuplah dengan apa yg berlaku di reban sy..

Sy mula tersedar dengan nasihat kawan2 penternak yg lainnak pakai pekerja, jangan , "Kalau nak bela ayam, jangan guna pekerja Malaysia, mesti guna pekerja asing... " Mula2, sy tak percaya dengan statement tu.. Tapi sekarang, sy antara org yg advise kepada farmer2 baru utk guna pekerja asing kalau nak berjaya dlm ternakan ayam...

Ada org kata sy tak patriotik sebab tak utamakan pekerja tempatan sebab ambil pekerja asing... Tapi, member sy Leong tekankan kat sy... "Cukuplah.. Kalau nak bela lagi ayam, jangan ambil lagi org Malaysia.. Kalau tak, lebih baik jangan bela.." Last2, sy buat keputusan yg drastik, sy tak boleh bersikap patriotik lagi kali ni... Sy terpaksa pentingkan diri sendiri... Buat apa sy buat bisnes kalau tak untung... Dan, akhirnya sy mula ambil pekerja asing bekerja di reban ayam sy.....

Itulah ceritanya.... Bukan mudah utk buat sesuatu business.. Pekerja adalah tulang belakang kejayaan sesebuah syarikat.. Sebab itu lah sekarang, bila dpt pekerja yg sy boleh harap, sy jaga depa betul2.. Dan bayar gaji yg lumayan.. setimpal dengan kerja depa... Dan setiap pusingan ada insentif tambahan kalau ayam sy untung lebih... Alhamdulillah, pekerja2 sy skrg dah stay dengan sy lebih dari 2 tahun.. Depa ni dah faham A to Z ternakan ayam dan dah tahu kalau ayam sakit.... Depa ni pun tahu apa nak buat dlm reban, skrg ni tak perlu di suruh.. Datang aja reban, semua kerja dah siap.. Kepala sy pun tak serabut.. Hati pun tak sakit macam dullu....

Alhamdulillah, segala kesusahan ni datang selepas sy bersusah payah pada peringkat awal. Dan sy nak pastikan kalau ada farmer2 baru yg berminat dengan ternakan ayam, jangan buat kesilapan yg sama dengan sy....

Sekali lagi, entry kali ni bukan nak memperkecilkan kaum dan bangsa sendiri... Tapi memberi kesedaran kepada kita semua... Realiti masyarakat hari ni.. Penuh dengan cabaran dan dugaan...

Till then.. Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top