Assalamualaikum,

Dah lama sy tak update pasal ayam. Mungkin terlalu sibuk dengan tangkap ayam. Start tangkap ayam dlm pukul 11 pagi, dah selesai dalam pukul 10-11 mlm. Balik rumah dan letih, nak kira DO lagi, so mana sempat nak update blog. Bangun pagi terus ke reban utk adjust makanan ayam dan plan tangkapan ayam hari tu pulak. So, no time nak surf internet pun.

Dan satu lagi alasan tak update blog sebab sy malas. The reason is sy tak der mood nak update kali ni. Rekod ternakan ayam sy utk tahun ni agak cemerlang... Tapi kali ni sy dpt rekod yg paling teruk dlm sejarah tahun ni. Walaupun rekod performance kali ni kurang baik, tapi Alhamdulillah still gain some profit.

Sekali lagi, sy bersyukur sebab jika nak dibandingkan dengan performance farmer2 lain yg masuk ayam dekat2 dengan sy, ayam sy ok lagi. Ada kawan yg masuk sehari selepas sy rugi kali ni. Dan yg masuk awal 4 hari dari sy dpt 70 sen aja. Kira2 not bad la apa yg sy dpt. Cumanya tak dpt tinggi macam selalu dapat.

Teringat kata2 Master Sifu sy, "Bela ayam memang ini macam, kadang kadang untung banyak, kadang kadang untung kurang, kadang kadang rugi terus..... kalau hari hari bela ayam untung besar... semua orang bela ayam la... Kalau hari hari meniaga untung... nanti satu Malaysia lu beli.." Kata2 tu memberi semangat kepada sy utk terus mencuba pusingan seterusnya...

So, kerja sy skrg ni bersihkan reban secepat mungkin dan masuk ayam balik. Start new cycle. Sy dah order anak ayam akan masuk 22 hb nanti.

Dan salah sorang pekerja sy nak bercuti dan balik ke Bangladesh 4 bulan. So, sy kena cari pekerja back up skrg ni. Tengah mencari...

Oklah.. that's all for now. Till then. Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top