Assalamualaikum,

Sy rasa dah 2 kali sy update pasal ternakan keli yg diusahakan oleh kawan sy. Razi dan Khairul. Tempat ternakan ikan keli depa di Sg Setar, Jalan Sempadan Perak-Penang.

Hari ni disebabkan sy free, Razi jemput sy ke kolam dia utk tengok proses menaikkan ikan. Sy kata bagus juga, sy pun memang tak pernah tengok orang buat kerja2 macam ni. So, pukul 5 petang lepas Solat Asar... Sy pun membawa motor buruk sy ke kolam Razi yg terletak lebih kurang 3km dari reban ayam sy.

Razi dan Khairul sedang bersedia utk turun ke kolam pertama

Dalam kolam pertama, Razi sedang menarik pukat dalam air

Ni hasil tangkapan dari tarikan pertama... Perghh.. memang banyak keli yg naik..Tapi dia kata kolam ni dah banyak kali ikan dinaikkan.. so, tak la banyak ada yg tinggal sekarang...

Antara ikan yg berjaya dinaikkan...
Then turun utk tarik lagi ikan.. dan dapaat lagi banyak....

Lepas tu turun ke kolam kedua.. Dia kata ikan dikolam ni tak besar sangat sebab umur pun dah muda...

Ni hasil dari kolam kedua.. banyak gila ikan sampai tak larat nak angkat naik...

Ikan yang dah naik dimasukkan ke dalam kolam kanvas utk proses 'sizing' sebelum jual ke customer
Then kerja seterusnya, Razi siangkan ikan before hantar ke customer..

Ikan keli mati selepas air dicampur dengan garam.. Then kena siang...
.
Sy sebenarnya kagum gila dengan semangat Razi dan Khairul. Bukan senang nak cari org muda yg ada semangat macam depa utk buat kerja2 macam ni. Sy mendoakan moga depa terus berjaya. Dan sy memang nampak depa ni ada kesungguhan utk berjaya. Cumanya, kena buat perancangan yg lebih rapit utk mengembangkan bisness pada masa akan datang... Good luck bro.
.
Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top