Assalamualaikum,

Wahh... terkujat sy baca news ni. Member sy di Kolej Mara Banting dan di Sheffield dulu skrg ni dah jadi Timbalan Pendakwa Raya... Siap masuk paper lagi...

Cemar alam sekitar : Syarikat pembuat bahan asid didenda RM 40,000
03/12/2009 3:33pm

PETALING JAYA 3 Dis. — “Syarikat kamu ini tak serik mengulangi kesalahan yang sama walaupun sudah tiga kali dikenakan tindakan,” kata Hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayob, sebelum mengenakan denda RM40,000 terhadap sebuah syarikat membuat bahan asid kerana mencemarkan alam sekitar.

Beliau membuat keputusan itu terhadap Syarikat Malaya Acid Works Sdn Bhd yang diwakili jurutera Sharifah Sharina Sharif, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan melepaskan bahan asid buangan perindustrian yang melebihi had ditetapkan sehingga mencemarkan alam sekitar.

"Syarikat kamu sepatutnya mengambil inisiatif bagi membaik pulih sistem loji pengolahan effluen supaya kesan dari bahan itu tidak terdedah kepada orang awam,” kata Rozina.

Timbalan Pendakwa Raya dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) Nur Lizrin Johari memberitahu mahkamah bahawa, syarikat itu pernah di denda kerana kesalahan yang serupa sejak Mac 1996. .

Mengikut pertuduhan, syarikat itu yang beralamat di Lot 17, Jalan 219, Petaling Jaya, didakwa melepaskan bahan buangan perindustrian melebihi had kepekatan yang dibenarkan pada 20 Jun 2006. - Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top