Assalamualaikum,

Ceritanya macam ni, masa sy nak buat reban ayam... Sy tak buat connection air yg baru. Apa yg sy buat, sy potong bekalan air ke salah satu rumah sewa sy dan kemudian buat sambungan terus ke reban ayam sy.

Dan sekarang baru sy tersedar, rupa rupanya sy guna rate air utk Kawasan Kediaman (Kod 11). Sedangkan sy sebenarnya guna air dari Lembaga Air Perak utk kegunaan Komersial/Industri. Sekarang baru sy tersedar, selama 4 tahun sy buat bisness ni.. sy dah "tersalah guna" RATE air utk kegunaan reban ayam sy.

Sy boleh buat 2 tindakan. Tindakan yg pertama, buat rileks aja. Buat macam tak dak apa2... Dan terus guna air dari Lembaga Air Perak dan guna rate Kawasan Kediaman (Kod 11) which is much cheaper. ATAU sy tukar RATE dari Kawasan Kediaman ke Komersial/Industri (Kod 21) which is more expensive. ( About 60% Increament ).

Setelah sy berfikir 2-3 hari, sy buat keputusan utk tukar rate dari Kod 11 ke Kod 21. Dan sekarang sy dah inform Kontraktor LAP utk uruskan penukaran RATE ni. Dan seperti biasa, bila sy buat tindakan ni.. Banyak org akan mengatakan sy buat tindakan bodoh. Dah bayar murah2, kenapa nak bayar lebih pulak... Bukannya LAP kacau pun dengan rate tu... Kontraktor tu pun tanya sy betul2, confirm ka sy nak tukar RATE ni.. Org semua nak rate murah, sy nak rate mahal pulak...

Sebenarnya, dalam perniagaan yg sy jalankan.. Sy sebaik mungkin akan cuba utk mencari rezeki yang sehalal mungkin... Sy cuba sebaik mungkin utk elakkan dari perkara2 syubhah atau haram. Sebab duit yg sy dpt tu akan sy gunakan utk bagi makan anak isteri dan keluarga.. So, lebih baik la sy rasa sy tukar RATE tu. Dari sy guna RATE murah tapi sy ambil hak LAP dan hak rakyat Perak. Lebih baik la sy bayar mahal sket asalkan sy tak ambil hak orang lain.... Yg penting, hati sy rasa tenang...

Yg sy dah "tersalah guna" rate sebelum ni, sy serahkan kepada Allah. Sy buat dlm keadaan sy tak tau ada perbezaan RATE ni. Ingatkan semua sama saja... Mudah2an apa yg sy tersalah sebelum ni dibersihkan dengan zakat2 dan infaq2 yg sy keluarkan utk Islam dan orang susah. Moga Allah mengampunkan....

Skrg permohonan dlm proses. Lulus tak lulus utk tukar rate, itu belakang kira. Yg penting, sy dah usahkan utk LAP tukar rate. Kalau dia org tak nak tukar rate... Itu bukan lagi urusan sy....

Pengajaran utk kita semua.. Dlm usaha kita mencari rezeki.. Sedaya mungkin, carilah rezeki dari rezeki yg halal.. Mudah2an, walaupun untung sket, tapi ada keberkatan dan yg penting, Allah beri ketenangan kepada kita. Belum tentu org banyak duit tenang dan belum tentu org yg kurang duit tu hidup susah....

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top