Assalamualaikum,
.
Setelah sekian lama mencari tanah... Nak kata betul2 jumpa... Belum... Nak kata tak jumpa lagi.. macam dah jumpa... Cuma tanah yg dah jumpa ni perlukan beberapa perincian sebelum dibuat final decision.
.
Keseluruhannya, hampir 30 tanah yg sy pi tgk. Bermacam2 cabaran yg sy dah hadapi. Kalau nak dikumpul pengalaman sy mencari tanah.... Memang berharga... Bukan senang kita nak cari tanah yg betul2 kita nak. Yg 100% fulfill my spec. Dan sy nak citer pasal 4 tanah terakhir yg sy shortlist utk dibuat final decision sebelum beli tanah.
.
Dan petang tadi, sy bawa manager CP utk bagi pandangan tanah mana yg terbaik utk beli buat reban ayam.
.
Tanah Pertama
.
Tanah ni terletak di Lubuk Buntar, Bandar Bharu. 17km dari rumah sy. Masa untuk sampai ke reban ni dalam 15 minit. Which is good. Agak dekat dengan rumah sy. Tanah seluas 3 ekar dan skrg ditanam dengan kelapa sawit. Pokok kelapa sawit dalam 2-3 tahun.
.
Masalah tanah ni, owner tak mahu jual. Dia beli tanah ni 3 tahun lepas pada harga RM65000. Dan sy offer dia utk beli tanah ni dengan harga RM90k. Dia tolak. Dan lepas nego, sy up kan harga ni kepada RM100k. Dengan harga ni, dia kata bagi dia 3 hari utk fikir. Hari Khamis / Jumaat dia akan bagi keputusan.
.
Kebaikan tanah ni, dah ada bekalan elektrik di kawasan ni. Cuma kena tukar dari wayar kecil kepada wayar 3 phase yg besar. Dan ada bekalan air jugak sampai ke kawasan ni. Cumanya, ada satu drawback. Kena lalu satu tanah org dalam 100 meter. Dan sy tengah usahakan utk dptkan persetujuan tuan tanah utk lalu tanah dia. Kalau tuan tanah tu setuju, then baru sy beli tanah ni.. Itu pun kalau tuan tanah nak jual.... Ni gambar Tanah Pertama.
.

Tanah cantik... Tanah rata.. Ada kelapa sawit. Tanah luas. cukup utk buat dua buah reban..

Ada tiang letrik sampai ke tanah ni.. Boleh jimat duit tiang lektrik...
.
.
Tanah Kedua
.
Tanah kedua ni terletak berhampiran dengan tanah pertama. Tanah ni owner asal memang nak jual. Harga nak dijual RM90k. Yg ni memang sy boleh beli. Tapi ada beberapa drawback. Tanah ni tak der bekalan elektrik dan air. Kena keluarkan duit utk masukkan bekalan elektrik dan air sampai ke tanah ni. Dan still kena lalu satu tanah orang lain. Dalam 200 meter. Sy pun tengah usahakan utk dptkan persetujuan tuan tanah utk lalu di tanah dia. Kalau dpt persetujuan, boleh dipertimbangkan utk beli tanah ni.
.
Tanah ni seluas 3 ekar. Dan sekarang penuh dengan hutan lalang. Semak gila... Sy lupa la pulak nak ambil gambar tanah ni. Sebab tanah ni semak sangat...
.
Komen dari manager CP utk kedua2 tanah ni, memang baik.. Asalkan dapat persetujuan dari tuan tanah yg nak kena lalu tanah depa.... Make sure buat lawyer agreement..
.
Tanah Ketiga
.
Tanah ketiga terletak di Lubuk Buntar. Tanah ni betul2 terletak di tepi jalan raya utama. Tanaman sekarang kelapa sawit. Berusia mungkin dlm 20 tahun. Luas 3 ekar. Harga ditawarkan RM200k. Sy memang nak beli tanah ni. Sebab lokasi di tepi jalan.
.
Tanah ni tak dak masalah jalan sebab memang tepi jalan. Ada bekalan air dan elektrik. So, perfect.
.
Tapi, manager CP tak suggest sy buat reban di tanah ni.. Sebabnya tanah ni bersempadanan dengan masjid. So, bagi mengelak org bising.. so, better not buat reban kat sini. Hmm..
.
Pokok kelapa sawit.. Umur 20 tahun sy agak...

Tanah tepi jalan..
.
Tanah Keempat
.
Tanah ni terletak di Sg Kecil Illir. Luas 5 ekar dan harga RM300 000. Mahal gila. Tanah ni la yg sy citer dlm entry sebelum ni. Ada bekalan elektrik dan air. Tanah tepi jalan.
.
Yg menjadi masalahnya, 500 meter dari tanah ni ada Cina bela ayam kampung dalam 50 000 ekor. So, kena pertimbangkan faktor ni. Sebabnya, senang kena jangkitan penyakit dari reban tu.. So, besar risikonya.... Manager CP suruh sy elakkan beli tanah ni. Dah la mahal, berisiko pulak...
.
Tanaman Durian di tempat ni.
.
Tanah rata...
.
Skrg, selepas di buat pertimbangan... Tanah pertama dan kedua masuk dlm list saya. Skrg sy kena usahakan utk dptkan persetujuan dari tuan tanah utk lalu tanah dia org dlm 100m - 200m. Kalau dah ON... Boleh la beli tanah tu....
.
Kalau dua dua tanah ni pun tak leh beli, kena teruskan usaha mencari dan terus mencari... Moga Allah beri yg terbaik... Amin.. Minta tolong para reader utk mendoakan Allah beri yg terbaik utk sy..
.
Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top