Assalamualaikum,

Sy ada dapat emel ni dari seorang reader blog ni. So, better sy jawab soalan tu di sini so that semua org boleh baca dan ambil maklumat.

"Kak Kay berminat untuk menjalankan penternakan ayam pedaging seperti yang Faisal buat ni. Boleh dapatkan sebutharga seperti reban tertutup yang dah ada semua keperluan(penggunaan teknologi), anak ayam, sekam dan semua keperluan lain yang berkaitan. Kapasiti dari 3000 ekor hingga 10000 ekor sahaja. K.Kay berharap sangat kiranya mendapat maklumbalas dari Faisal."

Ni jawapan dari sy.

1) Kak Kay, nama sy Mohd Firdaus la... bukan Faisal... hmmm..

2) Harga utk reban ayam sistem tertutup adalah RM17 bagi setiap ekor.. Ni harga kos reban sahaja. Maksudnya, kalau nak bela 10 000 ekor, kos reban RM 170 000.

3) Kos operasi bagi setiap pusingan dianggarkan RM0.40 setiap ekor. Kos ini termasuk gaji pekerja, bayaran bil elektrik, bil air, kos ubat ayam, kos sekam padi... So, kalau bela 10 000 ekor, kos operasi setiap pusingan adalah RM4 000.

4) Kalau kita sewa reban atau buat loan bank, anggaran tambahan kos utk setiap pusingan adalah RM0.40 lagi bagi setiap ekor ayam.

5) Utk kos anak ayam dan dedak, kak kena faham.. kita bela ni secara kontrak farming. Maksudnya, kita akan beli secara hutang dari sebuah syarikat integrator anak ayam, dedak ayam, ubat ayam... Dan bila ayam dah besar, syarikat integrator tu akan beli balik ayam dari kita. Kemudian, tolak la duit jualan ayam dengan kos anak ayam, kos dedak dan kos ubat.. Yg lebih tu untung la..

6) Biasanya, sy anggarkan untung bersih dlm RM0.40 seekor.

Kalau nak tahu lebih detail.. Boleh la baca semua entry2 sy yg terdahulu pasal ayam. Harap membantu...

Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top