Assalamualaikum,

Dah lama tak taip entry sendiri. Asyik copy paste aja. Sibuk sket. Mcm2 hal yg menyibukkan sy.. Anyway.. ada beberapa update utk dikongsi bersama.

Tanah Utk Buat Reban

Secara dasarnya, sy dah jumpa tanah baru. Tempat di Terap, Serdang. 36km dari rumah sy dan 30 minit masa perjalanan. Tanah ni tepi jalan, harga ditawarkan kepada sy RM130 000. Tanah seluas 2 ekar dan dilengkapi dengan kemudahan elektrik dan air. Kalau tiada aral melintang, insya Allah. Sy memang nak beli tanah ni.. Esok sy nak jumpa broker ambil geran tanah, then check dengan Pej Tanah, kalau semua clean. Mungkin minggu depan sy start urusan jual beli tanah.

Ayam

Ayam di EP11 skrg dah umur 32 hari. EP07 umur 30 hari. So far so good. Hari tu ada problem ngan serangan cacing sket, tp lepas bubuh ubat... Serangan cacing pada ayam dah baik sepenuhnya. Ada batuk sket2 aja. Tapi, tu normal.

Ayam di EP11 masa umur 32 hari berat 1.89kg utk jantan dan betina seberat 1.72kg. Ni bagi sy dah above standard. Insya Allah, boleh capai 2.3kg utk jantan dan 2.0kg utk betina pada hari 37. Amin...

Ayam di EP07 ada problem sket. Berat tak berapa memberansangkan. Tapi, sy tgk still ok. Masa hari 28 hari tu, timbang jantan berat 1.4kg dan betina 1.3kg.. Not bad la.. Tapi not soo good. Tak tau mana silap, ayam tak berapa besar kat reban ni. Harap boleh pick up balik lepas ni sebab skrg sy dah taruk vitamin hari2..

Cerita Farmer2 Lain

1) Kawan sy di Bukit Gantang, Abg Mizi dan habis ayam. Dia dapat RM1.30.. Kira tinggi jugak la.. Tapi tak boleh challenge performance ayam dia pusingan sebelum tu dapat RM1.92.

2) Azlan di Bkt Gantang pun pusingan ni dapat RM1.25.. Dia dah puas hati kali ni. Before this dia ada datang ke reban sy dan tanya mcm mana sy bela, dan dia praktikkan benda yg sy ajar di reban dia. Alhamdulillah, dia dpt result yg memberansangkan... Pusingan lepas dia dapat RM1.50..

3) Cerita kawan di Tasek Gelugor. Dia bela ayam 11500 ekor. Skrg tengah bersedih sebab ayam dia banyak mati. Dan juga ayam saiz kecik besar. Dia kata baka anak yg mai problem. Mungkin ada kebenarannya sebab ada sorang kawan lagi di Pokok Sena yg mengalami masalah yg sama. Anak ayam mati banyak dan saiz ayam pun tak seragam.

Hmm.. rasanya cukup dulu buat masa ni.. Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top