Assalamualaikum,

Petikan berita dari Berita Harian hari ini. Bunyinya macam menarik. Tapi, bila sy apply loan dengan Agrobank, Loan kena reject. Ni yg kenkadang sy geram ngan Agrobank... Kata nak tolong petani.. Kata nak tolong Siswazah... Tapi, bila petani bersiswazah apply, nak suruh tambah cagaran la, nak suruh cari penjamin la... Kalau tak, tak boleh lulus... Apa mau buat.....

Banyak ni, RM1.96bil yang belum dibelanjakan. Hulur mai la ke sy RM1 juta... Boleh up reban 3 butir reban baru. Nak kena pi jumpa Datuk Noh ni....

RM1.96 bil diperuntukkan lahir petani moden: Noh

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM1.96 bilion daripada RM3.26 bilion yang diperuntukkan menerusi 14 pakej bagi membantu petani menjadi petani moden belum dibelanjakan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar. Beliau berkata, sejak 1996 hingga 2003, seramai 73,000 petani memperoleh faedah daripada pakej berkenaan yang diperkenalkan menerusi Agrobank membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.3 bilion. Katanya, selain pakej berkenaan, kerajaan juga memperkenalkan teknologi moden menggunakan alat jentera moden dengan peruntukan sebanyak RM380 juta.
.
"Peruntukan itu digunakan untuk membekalkan jentera moden sama ada diberi percuma kepada ketua ladang atau petani menerusi geran padanan, sebagai contoh jika jentera moden itu berharga RM10,000 petani hanya perlu membayar separuh, manakala bakinya akan dibiayai oleh kerajaan.

"Usaha untuk menaik taraf bidang pertanian juga membabitkan penekanan kepada generasi kedua terutama golongan siswazah kerana kerajaan mahu bidang pertanian diurus secara lebih berkesan dengan ilmu," katanya ketika menjawab soalan lisan tambahan Nancy Shukri (BN-Batang Sadong) di Dewan Rakyat hari ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top