Assalamualaikum,

Pencarian tanah utk persediaan tapak reban baru diteruskan. Walaupun dah lama sy tak citer dlm blog ni pasal tanah, sebenarnya sy betul2 sedang mencari tanah di area yg berdekatan. Reban ayam ni bukan nak buat dalam masa terdekat, cumanya sebagai persediaan kalau2 sy nak buat reban nanti.. senang bila dah ada tapak.

Smlm ada sorang kawan, dia kata ada satu tanah di Bandar Baru keluasan dlm 1.75 ekar. Dan harga sekitar RM110 000. Broker tu cakap, tanah cantik, lori besar boleh masuk dan ada elektrik.

Dalam hati sy, bagus ni... Ni ciri2 tanah yg sy cari.. Dan keluasan tu cukup la kalau nak buat dua buah reban... Petang semalam kami pun ke sana.. Dan kami jumpa broker tu di kedai kopi... Dia bagi sy tengok geran tanah tu...

Dia pun cerita la kat sy, tanah ni memang cantik. Dah siap tolak semua pokok. Ada elektrik, air ada, lori besar boleh masuk. Dan harga dia kata memang owner tak mau turun dah, RM110 000.

Sy pun tgk la geran tu, dan kemudian sy tersedar.. Tanah tu sebenarnya sy dah pun pi tgk.... Tanah tu memang la lapang, tapi masalahnya, ada pencawang elektrik yg merentas di tengah2 tanah tu... Dan mana boleh buat bangunan bawah pencawang elektrik. Dan broker ni ingat, bila ada pencawang elektrik. Ada bekalan elektrik. Padalah mana ada elektrik kat area tu.

Dan lagi satu, tanah tu masa sy mula pi tgk harga dia hanya RM65k. Tapi, bila sampai ke broker ni, dia up sampai RM110 000. Sy sebenarnya marah gak la ngan tindakan broker ni yg upkan harga tanah sesuka hati. Nak untung pun agak2 la.. Jgn la up sampai tak ingat.... Ni la yg orang kata nak makan org sampai tulang.... Kalau nak makan pun, sket2 sudah la... Lepas tu, sy pun terus balik...

Tak pa.. pencarian akan diteruskan.. Sampai jumpa tanah yg terbaik... Moga Allah permudahkan.. Amin..

Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top