Assalamualaikum,

Bagi yg layan Nur Kasih TV3. Ni sinopsis utk citer malam ni:

Episod 19 :

Adam dan Nur terkejut dengan kehadiran Katrina yang kini berhijab. Katrina
menceritakan kisah hidupnya, selepas dia meninggalkan Adam, untuk menenangkan diri setiap malam berpesta, bertukar pasangan, mabuk. Di Jakarta dia mengenali seorang wanita yang membimbingnya dekat pada Islam. Nur menjemput Katrina untuk tinggal dengan mereka untuk sementara waktu. Ibu bertanya pada Nur dan Adam siapa Katrina sebenarnya. Nur cuba berdalih, tapi Adam tidak mahu membohongi ibunya lagi. Ini Katrina, isteri keduanya yang dinikahi di Australia. Dibalut perasaan bersalah terhadap Katrina, Adam sedia menerimanya kembali, dengan izin Nur. Katrina menyatakan pada Nur dia tidak ingin merampas hak sesiapa, hanya berkongsi kasih seorang suami. Nur angguk dan memeluknya. Katrina berkata, sungguh mulia hati Nur, dan semoga Allah S.W.T. melindunginya sentiasa.

Episod 20: Minggu Depan

Adam, Kat dan Nur belajar hidup bermadu. Kat merasai dia mengganggu kebahagiaan Adam dan Nur dan selalu mengalah. Adam cuba bertindak seadil adilnya. Dia berkongsi masalah dengan Aidil. Dia merasakan jalan yang terbaik adalah untuk menceraikan Katrina, tetapi rasa tanggungjawabnya menebal. Dia yang seharusnya membimbing isterinya itu, bukan dilepaskan supaya mencari jalan sendiri.. Kata Aidil, dia harus mendengar kata hatinya sendiri. Aidil dan Aliya hidup bahagia walaupun Aidil risau Aliya tidak dapat menyesuaikan diri dengan rumah kampung mereka. Sarah cuba memasang jarum dalam kehidupan mereka, dan bercerita padanya Aidil sebenarnya cintakan Nur. Terkejut Aliya. Dengan selamba Sarah bercerita, Aidil sebenarnya sepatutnya mengahwini Nur, tapi atas permintaan akhir arwah Haji Hassan, Adam yang dikahwinkan dengan Nur tapi cintanya pada Nur tidak pernah padam. Aliya dihambat rasa cemburu. Dia minta Aidil berterus terang.

Utk sinopsis seterusnya.... Tunggu...

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top