Assalamualaikum,

Update 1 : Harga Tanah

Hujung tahun lepas, masa saya beli tanah di Selama 4 ekar harga RM80k. Saya cakap mahal. Dan sekarang saya ada cari tanah lagi di kawasan sekitar. Ada orang offer saya tanah tepi jalan RM110 000 utk 3 ekar. Saya cakap la mahal sebab hari tu sy beli 4 ekar RM80k.

Dan minggu lepas, orang offer ayah saya utk beli tanah di area Seberang Perai Selatan, 3 ekar RM1 JUTA. Dia kata tak leh kurang dah.. Dan minggu lepas juga, sy ada terjumpa ada orang nak buat reban ayam di atas tanah seluas 3 ekar yang value tanah tu RM2 juta.

Baruku sedar sekarang ni, harga tanah sukar nak cari yang murah. Apa mau buat, pencarian harus diteruskan. Mana tau, ada rezeki orang nak jual tanah lagi murah2. Boleh la beli... Tapi, tanah yang mahal ni banyak terletak di Seberang Perai Selatan... kalau tanah di Perak dan Kedah, rasanya murah lagi kot...

Update 2 : Loan Bank

Walaupun pinjaman sy belum lagi habis bayar, sy terus apply loan baru utk buat reban baru. Mula2 tu, saya saja la minta.. Mana tau ada rezeki dapat. Dapat la. Kalau tak dapat, tak pa la. Sekurang2nya, saya dah mencuba. Bak kata Rezqa, kawan sy di Sheffield dulu, "Minta aja, kalau dapat. Dapat la.. Tapi, kalau tak minta.. MEMANG CONFIRM tak dapat."

Frankly speaking, sy apply loan RM900 000 dari Agrobank. Kalau nak diikutkan, rekod pembayaran balik loan saya dengan Agrobank utk pinjaman yg dulu memang baik gila. Tempoh bayaran loan 8 tahun sy selesaikan dalam 2 tahun setengah. Tapi, bila saya apply loan kali ni.... Agrobank sukar nak luluskan. Alasannya, saya kena tambah nilai cagaran saya atau saya kena cari penjamin utk jamin pinjaman saya.

Masalahnya, siapa yg nak jamin bila kita buat loan RM900k. Hari tu masa saya pinjam RM150k, sy minta la abg sy tolong jaminkan... Okla.. Tak banyak sekarang. Tapi sekarang RM900k, dia pun goyang nak jamin...

Disebabkan kegagalan sy dapatkan cagaran tambahan dan juga penjamin...Agrobank hold sy punya permohonan. Now status PENDING.. Apa mau buat... kalau bank dah tak leh nak luluskan, sy terpaksala bergerak dengan apa yang ada sekarang ni.

Lepas tu, sy mula terfikir... kalau la.. sy yg mohon dengan pun tak lulus.. macam mana la orang lain yg nak mohon nak lulus. Tambah2 kalau orang tu orang baru. Macaam mana bank nak luluskan. Terfikir balik, bank ni sebenarnya sy nampak lebin mementingkan keuntungan dari membantu usahawan baru. Kalau saya baru nak mula, tapi saya ada tanah bernilai jutaan ringgit dan sy cagarkan ke bank.. Pasti bank akan luluskan... Tapi, kalau sy baru nak mula dan tanah sy
bernilai tak seberapa... Bank akan buat macam tak pandang aja... Dan saya pikir lagi, kalau saya yg pengalaman 4 tahun bela ayam pun bank tak mau tolong... JANGAN HARAP LA muka2 baru yang nak mencebur diri dalam PERTANIAN ni BANK NAK TOLONG. Bank mungkin akan cakap NO LAND ( utk cagaran ) NO TALK.

Tak pa la, nak buat cam na...Sebagai manusia, kita harus terus merancang.. Bergerak dengan apa yang ada. Perniagaan harus diteruskan. Mudah2an, Allah permudahkan urusan sy lepas ni.. Amin.

Update 3 : Kontraktor Reban Ayam

Sy baru jumpa dengan sorang Melayu ni, dia ni dah 6-7 tahun keja buat reban ayam. Dan sekarang tengah fikir nak collabrate dengan brother ni... Kalau ada sesiapa nak buat reban ayam... Kami akan tangkap projek ni... Kalau dia yg cari customer.. dia punya la.. Tapi kalau customer tu sy yg cari, sy beli barang dan upah dia buat... Kira win2 situation la. Tapi, kalau utk reban sy, insya Allah sy akan dapat buat pada harga yang terendah la....

Update 4 : Ayam Masuk

Anak ayam akan masuk minggu depan, hari Isnin dan Selasa. Ayam ni akan keluar masa hari raya Haji. Again to my wife, sorry la. Hari Raya Haji tahun ni di Parit Buntar lagi la nampak gayanya... Hehehhe.. Jangan marah aaa...

Update 5: Baja Tahi Ayam

Problem.. Problem. Tadi Customer yg biasa ambil baja tahi ayam sy call. Dia cakap pusingan depan, suruh sy cari customer lain kalau ada. Dia cakap, tahi ayam yg dia ambil pusingan ni pun dia tak pakai lagi. Banyak gila... Mana nak cari orang yg boleh ambil baja ni dalam kuantiti yang banyak. Org yang ambil baja satu hal, dah ambik tapi tak bayar lagi satu hal. Pendek kata, macam2 hal la. Duit taik ayam ni kalau dikira orang tak bayar kat saya, dah boleh beli motor sebijik. Nak buat cam na, nak ligan pun tak dapat dah. Banyak customer cina la yang tipu saya.... Dam ambil, lepas tu call tak mau angkat. Apa macam punya perangai la...

Oklah... tu aja update utk kali ni.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top