Assalamualaikum,

* Before baca entry ni, baca entry yg sebelum ni.

Ada kawan yg bila jumpa sy suruh sy ambil lesen kontraktor kelas F dan jadi kontraktor. Boleh la tangkap mana2 projek. Even ada kawan Cina yg suruh sy dapatkan kontrak kelas F dan sub kan kepada dia. Dia kata sy untung atas angin la... Dan masa sy jalan raya, jumpa kawan2 dan saudara mara, ada gak la yg suggest sy jadi kontraktor... Till now, sy belum lagi terfikir nak ambil lesen kontraktor kelas F dan nak jadi kontraktor. Buat masa ni, sy selesa dengan bela ayam. Alasan sy tak mau jadi kontraktor.. ada kaitan ngan entry bawah.

Dan tadi, sy ada sembang la ngan kawan sy pasal lawak kontraktor. Dia kata bila semua org dah ni, mati... nanti... penghuni di neraka dan penghuni di syurga bermesyuarat utk menghubungkan antara syurga dan neraka. Cadangan yg diluluskan adalah dengan membina jambatan penghubung antara neraka dan syurga. Dan dipersetujui penghuni neraka akan buat siapkan separuh dan penghuni syurga akan siapkan separuh. Dan disambungkan di tengah2..

Bila sampai masa yg ditetapkan, penghuni neraka dapat menyiapkan bahagian mereka dengan cepat sampai ke bahagian tengah. Dan masa tu, depa tercari cari, mana jambatan yg perlu disiapkan oleh penghuni syurga.... Tengok2 tengok penghuni syurga baru start 1/100 dari bahagian yg perlu disiapkan....

Penghuni neraka pun bercakap "Apalah penghuni syurga ni. Nak suruh buat jambatan ni pun lambat.." Lantas penghuni syurga berkata "Minta maafla penghuni neraka, puas kami nak pusing satu syurga... Susah gila kami nak cari arkitek utk designkan jambatan tu.. Bila dah jumpa arkitek.. nak cari kontraktor pun susah.. Puas kami pusing.. baru jumpa beberapa org yg ada pengalaman jadi kontraktor masa kat dunia dulu"....

Penghuni neraka pun kata "Hmmm.... Susahlah deal ngan penghuni syurga ni. Kita dulu masa lepas meeting.... Terus jumpa arkitek lukis plan.. Dan kontraktor dah ready nak siapkan jambatan tu.. Tu la.. Kerja kita cepat....."

Dengan pantas, penghuni syurga membalas "Ye la.. masa kat dunia dulu... Banyak sangat kontraktor yg bagi rasuah utk dptkan projek... Sket aja kontraktor yg betul2 jujur... Sebab tu la skrg ni susah kami nak jumpa kontraktor di syurga ni".

Cerita ni hanya analogi. Ikhlas sy katakan, sy tak tujukan cerita ni kepada sapa2.. Sy bercakap secara general. Sebab sy tengok benda ni dah banyak... Contoh di Parit Buntar...

Ada sorang kontraktor yg pegang lebih dari 60 lesen kontraktor kelas F. Hanya seorang. Tapi banyak lesen. Dan bila masuk tender dari pihak kerajaan.. pasti dia yg dapat. Caranya mudah, setiap kali masuk tender, dia akan masuk 2-3 nama sekaligus, dan pasti salah satu nama akan terpilih.. Dan setiap kali masuk, hanya seorang yg akan dapat. Pendek kata, kalau org lain masuk tender pun, buat rugi duit aja beli borang tender. Pasti tak dapat... Dan dari sembang sy ngan member2, utk make sure dpt tender ni, kena la hulur2 sket kat org dalam.... Dan ini lah yg dikatakan RASUAH.

Contoh yg paling obvious. Surau sy di Simpang 4 minta peruntukan utk renovate surau. Peruntukan yg kami mohon RM40k. Dan lulus RM40k. Tapi bila sampai ke kontraktor, dia cakap duit yg sampai kat dia hanya RM36k. Dan bila sy tanya, mana pi lagi RM4k, dia cakap faham2 la.... Takkan duit peruntukan utk surau pun nak kena rembat... Kalau utk surau pun kena tol, utk projek2 lain.. Fikir2kan lah..

Sy bukan nak kata semua kontraktor beri rasuah.. Cumanya, alangkah indahnya hidup kita kalau kita boleh bebaskan diri kita dari rasuah. Tak kiralah, rasuah kecik tau rasuah besar. Yg penting, sama2lah kita elakkan diri kita dari rasuah.... Dosa orang yg beri dan terima rasuah... Sama saja. Sebab tu lah, bila nak buat bisness.. Sy fikir susahnya nak pilih satu bisness yg betul2 clean... So far sy nampak, projek ternakan ayam ok.. Alhamdulilah...

Lagi satu contoh, sy bagi Transportation. Sy betul2 respect kalau sesiapa yg terlibat dlm transportation tak terlibat dengan rasuah... Sebab, berdasarkan apa yg sy sembang dengan driver2 lori... Memang dah common driver lori n rasuah. Sy ulang balik, terlalu common.... Respect la kalau mana2 driver lori yg betul2 clean... Memang tinggi lah iman depa ni....

Oklah... Itu aja entry sy utk kali ni...

Wassalam...

* Sy nak tekankan sekali lagi.. entry ni berbentuk general dan tak ditujukan kepada mana2 pihak. Kalau ada yg terasa, elok lah bermuhasabah...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top