Assalamualaikum,

Sy dpt emel bawah ni dari seorang reader di Dubai. Dia cuma nak respond bab rasuah dlm entry sy yg dulu. This is part of is mail :

Just read your blog updates.I was in construction back in Malaysia before bawak diri ( and family) mai Dubai. One of the things I was running away from was bab rasuah ni. Even though I was not a Contractor as such but being a consultant, quantity surveyor, I was somehow involved.

During our lifetime ni, kat Malaysia at least, the practice is rampant. So, baik bela ayam. Keep it all halal. Utilise Islamic banking and avoid riba at all cost. Kita hidup ni sat saja. Nu akhirat lagi penting.Ramai orang jadi kontraktor dengan niat baik, nak jadi kontraktor jalan betoi.

Tapi bila periuk nasi dia dah tinggai yang tu saja, top up pulak dengan ada staff 20 30 orang yang nak kena bagi gaji tiap bulan, nak tak nak, dia bagi rasuah nak dapat projek & duit.So, tak payahlah cari penyakit nak jadi kontraktor.

Sy nak tambah lagi satu, tadi sy ada pi attend satu Jamuan Raya. Dan masa tu sy ada la jumpa sorang kawan kontraktor. Umur dlm 40 tahun. Kontraktor Kelas A. Dlm masa 2 tahun lepas, dia pi Haji 2 kali. So, tu menggambarkan kedudukan kewangan dia la... Agak solid. Sy tanya la, skrg dia buat projek kat mana... Dia pun ckp la skrg dia buat xxxxxx. Dpt tender tu dlm RM4 juta.

Sy tanya la dia, "Bang, dlm nak dpt tender projek kerajaan ni... Kena hulur tak?"... Dia terus jawab "Firdaus, kalau dah nama projek kerajaan... Hang faham2 la.... Setiap kali raya org seronok tapi abg tak seronok. Bayangkan setahun raya berapa kali, Raya Puasa, Raya Cina, Deepavali.. Krismas... Masa raya ni la duit banyak keluar.."

Lepas tu, sy pun tak mau la tanya dia lebih2... Cuma, pengajaran dia..... Semua sedia maklum la kiranya... Sy kadang2 rasa kesian.. kenapa la kita org Islam sanggup bagi makanan kepada anak isteri dari sumber yg haram. Bila kita bagi makan anak isteri dari sumber yg haram, akan hilanglah keberkatan dlm keluarga kita. Dan inilah puncanya kalau kita tgk, kenapa sekarang ni ramai anak2 org Islam yg rosak akhlak. Dan makin hari, anak2 muda Islam makin menjauhi Islam. Puncanya, ibu bapa memberi makan kepada anak2 dari sumber2 yg haram dan syubhah.

Jadi, nasihat sy kepada semua... Dlm usaha kita mengejar kekayaan dunia.. Jangan lah sampai kita menipu, menzalimi orang lain, mengambil hak orang lain, memberi dan menerima rasuah. Kadang2 tu, kita dpt untung sikit aja.. tapi kesannya amat besar.. Bukan saja didunia.. Bahkan akan berlarutan hingga ke akhirat.. Kadang2 kita untung sket saja, tapi kita tak sedar dlm masa yg sama Allah tarik rezeki kita dari tempat lain....

Sama2 kita ambil iktibar.... Pilihlah jalan yg membawa kita mendekatkan diri dengan Allah, insya Allah.. kita selamat. Di dunia dan akhirat.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top