Assalamualaikum,

Sy dah buat projek ternakan ayam ni 4 tahun. Dalam masa 4 tahun ni, sy rasa tak kurang dari 100 orang yang datang ke reban saya dan tanya saya pasal ayam. Dan setiap kali ada orang datang ke reban saya, secara purata sy terpaksa spend masa dalam 2 jam setiap kali orang datang. Ada yang datang sekejap dan ada yang datang lama.. Bahkan, ada yang datang berkursus... Datang sini, tidur sini dan kerja di sini... Utk nak belajar ayam dari sy...

Selama 4 tahun ni, tak pernah sy ambil upah dari sesiapa pun lepas sy berkongsi ilmu dengan mereka. Kalau nak diikutkan, sy memang terasa letih. Setiap kali, saya terpaksa bercerita kepada org yang berlainan perkara yang sama. Apa yang sy cerita bergantung kepada org yg datang, sy tgk background dia.. Kalau sy rasa perlu, sy akan cerita detail. Tapi kalau sy tgk orang tu macam tak berapa serius, sy cerita surface aja. Bukan sy tak nak cerita detail, tapi kalau sy cerita too detail pun nanti orang tak faham.

Ramai di antara saudara2 dan kawan2 yg bagi cadangan suruh sy kenakan Consultation Charge kpd mereka yang datang ke tempat sy. Mula2 memang sy nak kenakan charge, tapi sy terfikir balik..... Sebelum sy buat projek ternakan ayam ni, sy pi survey dan jumpa hampir 10 org farmer ayam.. Sy pi melawat reban di Padang Besar Perlis, Kuala Nerang Kedah, Bukit Gantang Perak, Kuala Kangsar, Jerlun, Selama, Sg Duri etc.... Tak dak seorang pun yang kenakan caj kepada sy. Sebab itulah, bila sy nak kenakan caj, sy fikir balik tahap kewajaran sy kenakan caj tu. Memandangkan sy tak pernah di caj, sy tak sampai hati nak caj orang lain...

Sy cuba mengikhlaskan diri utk berkongsi ilmu. Dan hanya satu harapan sy, mudah2an, bila sy berkongsi ilmu dengan orang lain, akan beri manfaat kpd orang lain.. Dan harapan sy, Allah akan sentiasa mempermudahkan urusan sy dan bersama sy dlm perniagaan saja. Itu saja....

Sebabnya, kalau sy nak caj pun... sy tak rasa sy nak minta RM50... Murah sangat.. Sy tak rasa nak minta RM100.... Still tak berbaloi... Sy rasa minimum caj pun RM300 per person utk session setengah hari. Termasuk teori, teknik ternakan dan site visit... Baru sy rasa agak berbaloi... Tapi, kalau nak buat mcm ni, sy kena prepare bahan betul2.. Biar org yg datang tu puas hati...

Sebab apa RM300.. Sebab sy rasa ni value yg reasonable. Hari tu abg sy pi ke kursus ternakan burung layang2 separuh hari... Seorang RM300. Tapi bila dia pi ngan wife dia, kena caj RM500 utk dua orang. Penerangan dari segi teori dan juga site visit... Sy rasa kalau sy buat pun, mungkin sy akan buat lebih baik la.. Dari segi material... dan content... Tapi, buat masa ni.. Sy belum bercadang nak buat formal consultation....

Dan setiap kali ada orang datang ke reban bertanya sy itu dan ini, Master Sifu yg ajar sy pasal ayam ni mesti kata kat saya. " Engineer, apa pasal lu suka kasi orang mari sini.. Apa pasal lu suka ajar orang pasal ayam ni... Nanti ong lari oooo..." Sy pun cakap la "Tak pa lah, dah orang nak datang, tak kan nak halau pulak" Dan Sifu sy terus cakap "Engineer, lu ingat sket... Kalau lu untung, lu ada kasi duit sama dia org ka... Kalau lu rugi, dia orag mau tolong ka... Lu tolong dia org... satu sen pun lu tak untung tau... Dia orang ada kasi wang ka? Kalau dia orang mari, ada bawa penyakit.. berjangkit kena sama ayam.. Itu jam baru tau.... "

Sifu sy memang pangkah sy bila bawa orang masuk ke kawasan reban. Depan orang tu dia tak cakap apa la.. Tapi bila org tu dah balik... Terus dia maki sy....

Dulu, sy tertulis no phone sy dlm blog ni... Ramai gak yg call sy.... Lepas tu sy rasa macam terganggu.. Sebab tu sy hanya bagi contact email.. Kalau ada apa2 nak tanya, boleh tanya sy melalui email... Dan sekarang ni, dalam seminggu... ada la 2 org yg emel sy tanya pasal ayam.. Kalau setakat email.. sy boleh tahan lagi.. tapi, kalau phone.. letih rasanya nak bercerita....

Oklah. That's all for this time... Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top