Assalamualaikum,

First law, untuk ayam membesar dengan sihat dan dijauhkan penyakit.. Kawasan persekitran reban mesti bersih. Inilah yg ditekankan oleh Master Sifu saya. Dia cukup pantang kalau datang ke reban sy dan tgk reban dalam keadaan kotor. Kalau kotor, mesti dia cakap sy malas.

Semalam, sy suruh bangla sy bersihkan sekitar kawasan reban. Sayang sy tak ambil gambar masa tengah berselerak dan kotor. Kalau tak, reader semua boleh faham apa yg sy maksudkan kotor dan apa yg sy maksudkan bersih. Dlm entry ni hanya ada gambar yg bersih saja lah.

Dlm kawasan reban sy, tinggal part kecil ni aja lagi yg belum disimenkan. Tempat lain semua dah simen. Ni gambar bangla tengah bersihkan kawasan tu. Clearkan semua sampah dan rumput.

Ni kolam air spare utk ayam. Tangki ni sy buat sendiri. Sy yg susun bata utk tangki air ni. Saiz 16' x 10'. Ni sy suruh bangla tu cat tangki air ni utk bagi cantik.

Bangla tengah cat. Kutip sket2 lagi kat bahagian bawah.

Gambar tangki yg dah siap di cat. Keseluruhan kawasan reban telah dibersihkan. Kalau org yg tak biasa tgk reban ayam, mesti tak percaya sebab reban ayam saya memang sy betul2 jaga kebersihan. Jangan cari putung rokok di reban sy. Sy cukup pentingkan kebersihan di sini. Kalau kotor, nanti sifu datang buat kena maki aja....

Rumah pekerja, Sebelah kiri yg biru tu toilet. Ni juga tempat kalau tetamu datang ke reban. Kalau ada visitor, sy tak akan bagi visitor pergi ke dlm reban. Hanya sekadar datang dan tengok reban ayam di sini saja.
Pemandangan di bahagian depan.

Sebelah kiri EP07. Sebelah kanan EP11.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top