Assalamualaikum,

Smlm ayam di reban EP07 dah habis. Setel 19000 ekor ayam di reban ni. Reban ni boleh masuk 20k, tapi hari tu CP tak cukup anak ayam. So, CP hantar 19k aja.

Laporan utk ayam di EP07. Average weight 2.20kg, FCR = 1.65, Mortality = 3.6%. Siapa yg bela ayam akan tau la apa yg sy maksudkan dari info di atas. Not so good compared to last cycle performance. But not bad. Alhamdulillah, I still get more than what I expect. Sujud syukur sy bila lori terakhir keluar malam tadi. Tak banyak masalah sangat pusingan ni.

Secara keseluruhannya, ok. Bila nak dibandingkan performance ayam sy ngan farmer2 lain di Butterworth ni... kiranya sy ok la. Tapi ada lagi la reban lain yg performed better. Yg menyebabkan untung sy kurang sket berbanding pusingan lepas adalah CP tangkap awal kali ni. Biasanya CP start tangkap ayam umur 38 hari, tapi kali ni CP tangkap awal pulak. 36 hari CP dah start tangkap... Nak buat cam na.. terpaksa la sy let go jugak ayam2 ni...

Skrg dlm reban, tinggal ayam APOLLO aja. Ayam2 yg kecik aja.. Saya rasa nak makan ayam ni pun tak sampai hati. Ada yg saiz macam ayam umur 14 hari pun ada... Punyalah kecik. Ayam ni mungkin sy sembelih dan bagi kat kawan sy yg bela ikan keli. Bagi keli aja la yg makan..

Skrg Bangla sy dah hampir habis korek baja taik ayam. Tinggal sket aja lagi. Skrg ni tengah tunggu lori nak keluarkan baja taik ayam. Mungkin petang dan malam ni akan start angkut baja taik ayam. Semua hampir 2000 beg. Skrg ni jualan baja tahi ayam slow sket. Biasanya boleh tekan harga.. Tapi skrg ni buyer dah kurang.. Apa mau buat, terpaksalah jual harga murah sket..

And esok pagi sy nak ke KL. Baru nak beraya di rumah mertua... Sian my wife. Tak leh balik beraya di KL sebab masa raya ayam dah besar. Sy pun tak nak merisikokan ayam2 sy... Masa raya sy tak pi mana2 pun. Tak der saper yg boleh tolong jagakan ayam sy masa raya hari tu... Terpaksalah beraya di reban...

Oklah... That's all. Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top