Assalamualaikum,

Ada member call sy, tanya awat dah lama tak update blog. Jawapan sy senang, sy tak dak mood nak update pasal ayam. Ayam sy kali ni agak tak keruan. Tak menjadi. Macam2 problem kali ni. Ayam kecik besar. Bukan satu reban, dua dua reban jadi. Apa yg sy nampak, antara punca ayam jadi kecik besar ni sebab masa anak ayam hari tu hari2 hujan. Sy tak pernah salahkan hujan. Itu kuasa tuhan dan sy redha... Tapi, bila pi reban tgk ayam.. Mood tu hilang.... Nak kena kuatkan semangat gak.. Masuk gak dlm reban dan pusing2 tgk ayam yg mcm2 saiz tu...

Hari ni dah umur 18 dan 16 hari.. Berat not so good. Nak cakap pun malas. Tapi, memang antara yg ter'ringan' pernah sy timbang utk hari ke 14. So, skrg tengah dok adjust ayam ni nak bagi recover balik. Dr CP dah pun mai dan sy dah pun buat apa yg disuruh. So, tunggu la result dia dlm 2-3 hari lagi. Disamping doa yg sy pertingkatkan kepada Allah, mudah2an ayam kali ni akan dpt untung kurang2 RM1.

Update pasal kawan2 sy pulak.. Kawan sy di Bukit Gantang baru habis ayam. Dia bela 80 ribu ekor. Baru2 ni, ayam dia baru keluar... Dan untung yg dia dapat.... Perghhhhhhhhhhhhhhh... Superrrrbbbbbbbbbbb... Rekod yg tertinggi untung dia pernah dapat dlm 8 tahun dia bela.. Dia untung RM1.90 seekor. Bayangkan dengan 80 000 ekor ayam yg dia bela.. Berapa agaknya dia dpt ye... Fuh... Makan tak habis tu... Dua bulan kerja dpt banyak gila.... Sy pun tak pernah dpt untung banyak mcm tu.. Kira rezeki abg ni la lepas dia berusaha gila2 utk make sure ayam kali ni untung besar. Nampak gaya nya, raya ni nak kena bawa Farees pi rumah dia la.. Hehehe..

Kalau sapa yg ikut blog sy dari dulu, sy pernah cerita pasal CP vs HPA. Wakil syarikat HPA pernah dtg ke tempat sy 2 kali. Ajak sy keluar CP dan join HPA. Dan HPA akan bagi fixed profit RM1.10 setiap pusingan utk setiap ekor ayam. Profit yg HPA bagi tu memang ok. Dan sy rasa siapa2 yg bela ayam boleh dapat RM1.10 setiap pusingan dah kira ok la... Dari segi profit memang ok, tapi, masalahnya dari segi payment.

Sy ada gak kawan yg bela ayam dengan HPA. Dan baru2 ni dia ada call sy dah cakap HPA skrg ni problem. Dah dua pusingan bela ayam dengan HPA, tapi tak buat bayaran lagi. Ayam yg dia masuk skrg ni kira pusingan ke 3 la. Dia kata, dia skrg ni mcm nak mati dah. Mcm mana nak bayar gaji pekerja la, duit letrik la, duit bil air la dan macam2 duit lagi... Sy bersyukur sebab dulu sy pun ada plan gak nak masuk HPA, tapi lepas istikharah, sy decide stay dgn CP. Kalau sy pun masuk HPA, nazak terus sy. Skrg baru terasa kepentingan utk solat istikharah sblm buat keputusan.

Oklah. That's all for now. Till then. Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top