Assalamualaikum,

Ayam hari ni dah umur 24 hari di EP11 dan 22 hari di EP07. Masa umur 21 hari, ayam di EP11 berat 915g utk jantan dan 880g utk betina. Ayam di EP07 pulak masa 21 hari berat 862g utk jantan dan 861g utk betina. Bagi sy, performance di EP11 ok, di EP07 not bad. Tapi, kalau nak dibandingkan dengan berat masa umur 14 hari, memang banyak berbeza.... Alhamdulillah, ayam2 ni dapat recover dari masalah yg kronik hari tu.

Skrg still dlm proses pemulihan nak bagi ayam ni boleh cope dengan cuaca sekarang. Rasanya, ayam ni dlm keadaan tak selesa. Sebabnya, masa kecik, sepatutnya ayam kena panas, tapi cuaca masa tu selalu hujan. Menimbulkan ketidakselesaan kepada ayam. Dan skrg ni, ayam akan rasa selesa kalau sejuk sket.. Tapi cuaca skrg panas terlampau. Sukar nak dijangka. Dan sy terpaksa berdepan dengan keadaan ni. Kena pastikan ayam2 ni sentiasa selesa sampai habis jual. Baru pembesaran ayam ni optimum.

Semalam sy ke Alor Setar. Sy temankan kawan sy yg nak jumpa kawan dia. Nak survey pasal integrator Sykt Ho Ping. Ho Ping ni pun macam CP jugak. Integrator ayam. Dia supply anak ayam, supply dedak, ubat ayam dan bila besar, dia akan beli balik ayam2 tu. Lepas sy sembang dengan kawan di Alor Setar yg bela dengan Ho Ping tu, sy rasa Sykt Ho Ping tu pun not bad la. Member sy boleh dpt untung konsisten RM1 keatas utk 6 pusingan yg lepas.

Dulu kawan ni bela dengan CAB, tapi lepas sekian lama dia di CAB, untung yg dia dpt kurang memberangsangkan. So, dia pun tukar ke Ho Ping. Dan lepas dia bela dengan Ho Ping, dia kata dia boleh dpt RM1 ke atas secara konsisten. Kawan sy kata, lepas ni dia mungkin nak masuk dengan Ho Ping. Tapi semuanya bergantung kepada keadaan.

Kawan sy bela ayam skrg ni dengan HPA. Tapi HPA dah tak bayar kat dia 2 pusingan. Dan sekarang ni pusingan yg ketiga. Ayam sekarang ni dah umur 22 hari dan 15 hari. This solution is simple, kalau HPA tak bayar duit kat dia org sebelum ayam keluar. Dia org akan jual ayam sendiri dan lepas tu tak masuk HPA dah. Sebab tu skrg ni dia kena cari integrator2 yg bagus utk next cycle. Sy sebenarnya kesal dengan sikap HPA, sebelum farmer masuk, macam2 yg dia janji. Tapi, bila dah masuk, macam2 yg jadi. Ada ka patut, org dah bela ayam dia, dia tak bayar pulak. Habis ingat org bela ayam dia free2 kot. Gila pa ka.... Yg lebih sy kesal, HPA membawa imej Islam di dada depa. Bila bercakap, tak boleh lari dari Islam. Dan yg sy respect, masa sy pi ke office dia di Sg Petani hari tu, semua staff dia sedang Solat Sunat Duha. Perghh.. Tu kira power la tu... Tapi, sy tak tau di mana silapnya, dlm business.. Depa tak amanah mcm yg depa mula2 janji dulu. Kesannya, memberi imej negatif terhadap Islam tu sendiri. Sy tak pernah tgk sykt besar mcm HPA mempunyai masalah pengurusan yg betul2 teruk. Alhamdulillah, sy tak join HPA dulu. Even manager HPA ada mai reban sy 2 kali nak bodek sy masuk HPA. Kalau sy masuk HPA gak, habis la.... Menangis tak berlagu la...

Hmm... Apa lagi.... Rasanya, ok kot. That's all for now. Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top