Assalamualaikum,

Raya dah dekat ni.. Banyak lagi persiapan rumah yg nak disiapkan. First sekali nak kena cat pagar rumah lain. Sebab pagar rumah sy ni dah daif sangat. Kesian tgk... Mcm rumah org yg ditinggalkan aja..

Ni gambar asal pagar rumah. Dah berlumut dan kotor...

Mula2, pekerja tembak dulu pagar ni dengan air with high pressure. Utk tanggalkan cat2 yg lama dan buang semua lumut tu...

Lepas tu, ada pulak tugasan membersihkan rumput sekitar pokok bunga.. Trim pokok tu supaya lebih cantik.

Pagar dah dibersihkan. Semua lumut dah tertanggal. Pokok pun dah di trim jadi kecik sket. Dan rumput2 pun dah bersih.

Kerja2 mengecat bermula...


Lepas dah buka satu tong cat, saya rasa macam tersalah beli warna cat. Utk nak cek warna tu sesuai atau pun tak dengan pagar.. Sy pun cat la macam di atas. Lepas minta pandangan dari 2-3 org, sy decide utk pilih yg sebelah kanan. Warna kuning sebelah kiri tu nampak macam dull. So, tong tu sy tak leh pakai la...


Lampu atas pagar pun ada yg rosak. 3 lampu yg rosak. Semua sy dah repair dan tukar dengan yg baru.

Pagar yg dah di cat. Nampak boleh tahan gak la.. Not bad
.
Keseluruhannya, belum siap 100% lagi, ada sket2 lagi nak kena siapkan. Dan yg lebih memeritkan, semua side nak kena cat dua kali. Bukan senang ooo nak cat dua kali. Terutama yg batang tengah tu. Punya la rumit kerja2 mengecat. Nasib baik la ada bangla2 sy ni yg boleh menolong. Raya ni nak kena bagi duit raya nampak gaya nya...
.
Oklah.. That's all. Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top