Assalamualaikum,

Ni real STORY... Tapi BUKAN CERITA SAYA. CERITA NI SY DAPAT DALAM EMEL:

Kalau kereta dah nak masuk air, cepat-cepat buka pintu dan tingkap.. Macam kes aku, aku sempat buka pintu je.. Tapi bila dah jatuh, pintu tu tertutup balik.. Tapi tak rapat la.. Even tak rapat pun, aku masih susah nak buka balik disebabkan tekanan air yang kuat.. Aku kena pecahkan cermin tingkap sebelah aku untuk kurangkan tekanan air dan buka pintu.. Tekanan masih kuat masa tu tapi t ida k la sekuat kalau tingkap tak buka.. Aku cuma mampu buka pintu sikit je, muat-muat badan aku nak keluar..

JANGAN TANGGALKAN SEAT BELT SEBELUM KERETA MENDARAT.. Ini penting.. Seat belt memang akan menyusahkan anda keluar.. Lagi-lagi yang pakai harness dan full bucket.. Tapi dalam kes aku, seat belt la yang selamatkan aku dari terhumban ke cermin depan aku yang memang dah pecah... Seat belt juga la yang buatkan aku masih melekat kat seat.. Kalau tak pakai, aku rasa air dah t ola k aku kena kat body kereta dah, tak pun kena kat cermin depan yang dah pecah..

Dah masuk dalam air, memang lemas.. Macam kes aku, lepas kereta dah mendarat kat dasar sungai, air terus masuk sampai tenggelam kereta.. Takde kesian dah.. Lemas camne pun, JANGAN GELABAH.. Mula memang aku gelabah.. Sebab aku gelabah la aku buang masa dalam 5 minit kat dalam kereta untuk cabut seat belt.. Lepas 5 minit baru aku try tenangkan diri dan hasilnya, aku dapat cabut seat belt senang je..

Dah cabut seat belt, cuba cari jalan keluar dari kereta secepat mungkin.. Macam kes aku, aku pecah cermin belah driver dan buka pintu.. Aku keluar ikut pintu.. Kalau terpaksa pecah cermin, pecah pakai kaki.. Aku pecah pakai tangan sebab aku dah tak fikir apa.. Akibatnya, aku mengalami kesukaran untuk berenang sebab tangan aku pedih giler..

Dah keluar, JANGAN LEPAK ATAS BUMBUNG KERETA menunggu bantuan.. Berenang secepat mungkin ke tebing.. Tak reti berenang pun, cuba juga berenang.. Berenang macam anjing pun takpe, asalkan berjaya jauhkan diri dari kereta.. Kita tak tahu bila kereta akan meletup atau short circuit akan berlaku.. Macam kes aku, aku tak berenang ke tebing.. Aku asyik fikir nak selamatkan beg dan juga external drive office awek aku... Pas dah keluar kereta, aku hulur tangan kat boot untuk amik beg, kemudian baru aku berenang ke tebing.. Nasib aku baik sebab tak jadi apa-apa.. Aku tak dapat bayangkan kalau masa aku tengah sibuk nak tarik beg tu kereta aku short atau terbakar.. Mahu rentung aku..

Itu sahaja yang mampu aku kongsi pengalaman.. Harap korang boleh ambil masa baca apa yang aku taip ni untuk kegunaan kemudian hari.. Kita tak mintak tapi takdir kita siapa yang tahu.. Yang paling penting, bawa kereta berhati-hati dan ikut peraturan.. Nak mod kereta bagi laju boleh tapi biar guna dengan cara yang betul..

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top