Assalamualaikum,

Ayam satu reban dah habis. EP11 dah clear. Average weight hanya 2.12kg. FCR 1.64. Mortality 3.13%. Untung... Alhamdulillah.. Memberansangkan. Walaupun tak seuntung macam pusingan lepas, tapi kalau nak dibandingkan dengan cabaran anak ayam ni masa kecil... Yg hari2 hujan.. Kira pencapaian di EP11 memuaskan hati banyak pihak. Dr CP pun respect sebab ayam dpt recover walaupun masa dia datang visit reban, ayam ada 3 saiz. Yg besar, yg sederhana dan yg kecil.

Skrg tengah tangkap ayam di EP07. Semalam tangkap dlm 6000. Sekarang ada lagi dlm 14 000 ekor lagi. Ayam jantan yg banyak. Yg betina tinggal separuh aja lagi... Dan hari ni CP call cakap ada 4 biji lori yg masuk. Mungkin tangkap dlm 6000 lagi. Mungkin lusa boleh clear kot. Insya Allah.

* Baru nak update blog, lori ayam dah call. Nak ke reban. Nak tangkap ayam hari ni.

Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top