Assalamualaikum,

What's so special about this date? 6 September 09?

Sebenarnya, hari ni.. Genaplah 4 tahun sy ternak ayam. Sebab first entry ayam sy masa bela dengan CAB dulu. First DOC entry was on 6 September 2005.

Dalam masa 4 tahun ni, dah bermacam2 pengalaman sy lalui. Dan bermacam2 benda sy pelajari. Walaupun dah 4 tahun sy duduk dlm dunia ayam ni, sy still belajar dan belajar. Banyak lagi benda yg perlu sy pelajari. Even member sy yg bela dah 8-10 tahun pun cakap, kita tak boleh cakap kita dah tau semua benda pasal ayam. Banyak lagi benda yg kita nak kena belajar pasal ayam. Sebab every cycle come with different problem and challenge. And need different way to handle. All depend on case to case basis.

Dlm 4 tahun bela ayam ni, sy pernah rugi sampai RM25k sepusingan... Dan pernah juga sy untung tinggi. Semuanya sy tempuh dengan sabar dan redha. Org buat bisness kena fikir mcm org yg buat bisness. Sy di train utk ikut style org Cina. Sebab yg mengajar sy buat bisness ni pun org Cina. Masa untung besar, jangan terlalu seronok... Jgn terlalu berbelanja beli itu dan ini... Kena simpan utk hadapi sebarang kemungkinan masa depan... Dan kalau masa untung kurang, jangan sedih.. Kuatkan semangat.. Buat lagi lebih baik lepas ni... Dan sebenarnya, memang ini pun yg Islam suruh.. Sentiasa redha dengan ketentuan tuhan dan buat yg terbaik dlm semua hal..

Sy berdoa agar Allah akan sentiasa memudahkan segala urusan sy lepas ni. Moga, niat sy utk menceburkan diri dlm bidang perniagaan ni akan sentiasa diberkati Allah. Dan moga Allah beri sy yg terbaik dlm semua hal.. Amin... To all my friends, please pray for my success in this field. Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top