Assalamualaikum,

Mcm yg sy cerita sebelum ni, masuk ayam kali ni kena musim hujan.. Ingatkan hujan biasa saja. Tapi hujan kali ni agak luar biasa sket. Agak lebat.. Dan tak henti2.. Aduh.. Dah berapa hari mcm ni...

Kalau pusingan lepas sy hanya guna 23 tong gas utk heater anak ayam.. Untuk kali ni sampai hari ni sy dah pakai 41 tong gas. Ni semua sebab nak bagi keselesaaan kepada ayam..

Sy dok takut gak ayam ni tak leh nak cope dengan keadaan persekitaran yg hujan sini... Tak tau nak kata apa.. Hanya kepada Allah tempat ku memohon pertolongan...

Setakat hari ke 7, berat ayam kureng sket berbanding pusingan2 lepas. Hari 7, di EP11 ayam jantan 160g dan betina 180g. Di EP07 ayam jantan 156g dan betina 185g. Skrg kena tunggu timbangan hari 14 utk nak tgk kesan hujan ni kat ayam. Setakat ni dah nampak la, ayam kurang besar sebab hari2 hujan.. Utk pengetahuan semua, ayam masa kecil tak boleh sejuk. Kena panas.. Dan masa besar, ayam tak leh panas, kena sejuk.. Hmmm.. Bukan senang jugak la nak bela ayam...

Ni gambar anak ayam hari ke 7...

Pekerja sy sedang tukar air minuman...

Yg ni tukang angkut tong minuman ke dalam reban...
.
Moga Allah membantu... Dan beri yg terbaik kepada sy.. Walaupun cuaca skrg ni tak menentu.. Amin...

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top