Assalamualaikum,

Hari ni, CP call... Ayam tak leh tangkap hari ni. Pagi esok baru lori datang. Aduh.. Bayangkan hari ke 47 baru habis ayam.. Tak larat nak marah dah.. Semua org kena marah...

Sy marah bos CP, pam punya pam.. boleh dia kata selfish.. Punggah sungguh... Soalan yg sy tanya dia, kenapa reban saya sorang saja yg jadi mangsa habis lambat.. Kenapa masalah ni tak jadi kat reban lain.. Terus dia cakap sy selfish... Kat mana selfish pun sy tak tau.. Dia ni faham ka tak maksud perkataan selfish tu...

So, tunggu ajalah.. Esok utk clearkan ayam...

********************************************************************************

SAMBUNGAN..

Petang semalam CP bagi no phone driver lori yang akan datang hari ni. CP suruh sy call sebab driver tak tahu jalan nak ke sini. Sy call driver bagi tau dia tempat reban sy kat mana. Lepas tu saya tanya dia dia bawa berapa bakul. Dia cakap dia bawa 152 bakul dan sebakul isi 9 ekor. Maksudnya dalam 1400 ekor lebih. Tapi ayam saya ada 1000 ekor saja lagi. Nasib dia la... Andai kata semalam sy cakap kat dia ayam saya ada 1000 ekor saja lagi, mesti dia tak mau mari. Sebab dia kena pi cari lagi ayam kat reban lain pulak... Apa mau buat... nasib la driver ni.... Dia cakap akan datang pagi ni dlm pukul 9-10 pagi. Harap semua berjalan lancar.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top