Assalamualaikum,

Smlm sy pi visit kawan sy di Parit Kasa, Parit Buntar yg buat projek Tanaman Cendawan. Bulan lepas sy ada pi kursus cendawan di Pertubuhan Peladang Parit Buntar, so, hari ni nak tgk la yg real punya macam mana....

Sy pi ke sana sebab ada sorang lagi kawan sy, Saufi yg minat nak buat cendawan ni.. Dan dia nak tgk mcm mana org buat cendawan ni.. So, sy bawa la dia pi ke sana...

Shahril, usahawan cendawan ni muda lagi. Dia buat ni dengan family. Sy respect dengan Shahril ni sebab dia memang minat dengan bisness. Skrg dia ada Kedai Runcit PE Ceria di Parit Kasa, ada Kedai Baju, juga di Parit Kasa.. Kira memang keluarga bisness la dia ni... Muda2 lagi dia dah pakai Toyota Wish... Hmmmm... Sy gak yg belum berkereta lagi.. Aduh...


Dia ada 3 rumah cendawan... Ni rumah cendawan yg kedua.... Saiz dalam 20' x 20'. Setiap rumah boleh isi 30 000 bongkah cendawan...

Ni rumah cendawan ke 3. Saiz yg sama. Setiap satu rumah berharga RM15 000 termasuk peralatan rak kayu utk simpan bongkah cendawan ni...

Menggunakan habuk kayu utk dimasukkan ke dalam bongkah. Ramuannya, Habuk Kayu : Sekam Padi : Kapur dengan ratio 10:10:1

Ni mesin yg digunakan utk menggaul semua campuran di atas menjadi sebatian sebelum di bungkus ke dalam bongkah.

Bongkah yg dah siap di bungkus. Tetapi belum di masak lagi..

Lepas dah siap, bongkah2 ni akan dipanaskan dlm mesin ni selama 9 jam... Fungsinya utk mematikan kuman dlm bahan2 tadi...

Ni bongkah yg dah siap di susun dlm rumah atas rak...

Ni close up yg cantik sket...Semua disusun kemas menanti masa utk masak.. Dan keluarkan cendawan...

Dah masuk paper En Shahril ni atas kejayaannya setakat ni...
.
Kepada En Shahril, tahniah diucapkan atas kecekalan menjalankan perusahaan ni. Memang mencabar... Bukan calang2 orang yg boleh buat bisness ni... Semoga perniagaan di semakin berkembang dan memperoleh kejayaan yg lebih cemerlang lepas ni.. Amin..
.
Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top