Assalamualaikum,

Hari ni sy nak cerita sket.. Real story. Tapi bukan pasal ayam sy. Tapi pasal ayam kawan2 sy. Identiti dan tempat reban dirahsiakan bagi mengelakkan kita memburuk2 kan org. Cumanya, pengajaran yg perlu kita ambil...

Reban A

Kapasiti reban 20000. Saiz reban 50' x 380' x 1 tingkat. Bilangan semua kipas. 12 buah. Sy 'tervisit' reban ni masa umur 25 hari. Pukul 3 petang. Lepas setel hal sy, sy cakap kat pekerja dia.. Buka sat pintu reban. Sy bukan nak masuk, sy nak tengok aja. Ayam apa macam.

Lepas pintu reban di buka... First sekali sy cakap, Masya Allah.... Kenapa taik ayam ni basah. Sy dah pening kepala.. Masa 21 hari haritu, dia cakap ayam dah berat sekilo. Bagi sy, kalau umur 21 hari berat sekilo, tu tanda2 nak untung besar la tu. Tapi, masa sy pi umur 25 hari, sy tgk ayam macam kecik aja.. Dan taik ayam pulak basah. Tu tanda2 ayam dah start nak sakit.

Sy tanya la pekerja tu, ada bubuh ubat tak? Dia cakap tak bubuh. Sy pun tgk pulak berapa kipas tengah ON. Tengok2 10 kipas tengah ON. Tu baru hari 25, dah bukak 10 kipas. Sy tanya la kenapa bukak banyak sangat kipas, dia cakap cuaca panas..

Sy tengok ayam sekali lagi, tak dak la ayam tu nampak panas. Nampak macam sejuk ada la... Memandangkan ni reban org, sy pun malas la nak komplen lebih2. Cuma satu sy ckp kat pekerja dia, kalau macam ni, ayam ni mesti sakit.... Satu sebab kipas bukak banyak sangat, ayam terlebih sejuk. Dan kedua, ayam ni dah berak cair, tapi tak bubuh ubat... Susah la ayam nak besar kali ni...

Reban B

Kapasiti reban 20000. Saiz reban 50' x 380' x 1 tingkat. Bilangan semua kipas. 12 buah.

Ni terbalik dari situasi di atas. Ayam umur 28 hari, waktu malam dia hanya bukak 4 kipas. Waktu siang bukak 8 kipas... Dia cakap waktu malam tak leh bukak kipas banyak sangat, nanti ayam sejuk...

Aduh.... Ni dah salah konsep ni.. Apa yg jadi masalahnya, kalau ayam dah umur 28 hari, dah tak dak istilah sejuk utk ayam. Bila dia bukak 4 kipas waktu malam, "air ventilation" dlm reban dan kurang. Bila angin dlm reban kurang laju, gas ammonia akan banyak dlm reban. Kesannya, ayam akan sedut banyak gas ammonia. Dan senang kena penyakit... Sy pun, tak mau cakap lebih2..

Tau tak, bukan senang kita nak ajar, nak ubah mentaliti org Melayu yg dah lama bela ayam. Kalau kita cakap lebih2 sket, dia akan kata...

1 ) "Aku dah buat macam ni dah 3-4 tahun... Ok aja... Awat nak kena buat ikut cara hang pulak..."

2) "Aku dah bela ayam lagi lama dari hang... Jgn nak cakap lebih pulak"

Bila dah kena ayat ayat ni, terus sy ambil pendekatan.. Kalau org tak tanya, jangan cerita.. Jgn komplen.... Diam sudah.. Kalau dia tanya, baru kita tolong...

Reban C

Ni kes lain pulak... Dia bela ayam dah dekat 4-5 tahun. Reban air cond... Ayam dalam 17 ribu satu pusingan.

Baru baru ni, dia nak mempelbagaikan biz dia. So, dari ayam... Dia pun buat la biz lain sambil sambilan....

Bila dia nak set up bisness baru, dia banyak spend masa di tempat biz baru.... Dan kurang perhatian terhadap ayam. Dan kesannya, utk pusingan lepas, dia rugi ayam sebanyak RM37, 000. Bukan sket ooo, rugi banyak gila.... Tak tau bila boleh nak habis cover balik hutang tu.. Nauzubilla menda ni jadi kat saya...

Tujuan sy cerita bukan nak memburuk2 kan kawan2.. Tapi, sy nak ceritakan... Kalau kita nak buat sesuatu bisnes, kita kena fokus. Kena bagi perhatian. Kita kena ada ilmu yg cukup. Kena jaga, menatang bisness kita ni bagai minyak yg penuh.... Baru boleh dapat result yg optimum... Sy jaga anak ayam lebih dari sy jaga anak sy... Sebab sy tahu, apa guna sy concentrate jaga anak sy dan abaikan bisness sy... Then, bisness lingkup... Lagi susah... Jaga bisnesss elok2, ada masa main ngan anak.... Kalau tak, bagi la maid sy, mak dan abah sy jaga Farees....

Oklah, moga mendapat manfaat... Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top