Assalamualaikum,

Lama tak update blog bergambar. Bukannya apa, adaptor laptop sy rosak. Then laptop tak boleh nak ON. Pi hantar kedai, org kedai tu suruh beli Online aja Adapter tu... Skrg tengah order, sehari dua lagi sampai la kot adaptor baru tu.. Skrg pakai laptop ayah sy jap dulu...

Updater perkembangan di reban sket.. Ayam hari ni dah umur 36 hari dan 34 hari. So far berat ayam di kedua dua reban memberangsangkan... Tapi tak da la sampai ke tahap maksima.. Rasanya dengan berat ayam skrg... Boleh la dpt dlm sekitar RM1 ke atas...

3 hari lepas, dlm reban BANJIR.. Fuh.. mencabar sungguh, nasib baik kebocoran air dekat nipple minum tu cepat sedar. Mungkin dlm 30 minit. Kalau lambat... lagi teruk la banjir... Dah la banjir tu tempat ada ayam pulak tu.. Makin teruk la kerja.. Mula mula, kena halau ayam dulu pi ke tempat yg kering sket.. Lepas tu, kena buang semua sekam padi dan taik ayam yg basah... And then replace semua tempat tu dengan sekam padi yg baru... Boleh tahan gak la Bangla ni kena buat kerja. Nasib baik jadi kat tingkat bawah.. Kalau yg bocor kat tingkat atas, dua dua tingkat nak kena bersihkan...

Sekam padi yg basah dimasukkan ke dalam guni utk dikeluarkan..

Luas jugak la kawasan yg terlibat... dlm 20' x 20'

Semua Bangla bekerjasama bersihkan kawasan banjir tu...

Dan 2 hari lepas, sy buat training memadam kebakaran dekat Bangla2 sy... Di reban sy ada 5 Fire Extinguisher. Sy selalu cerita kat Bangla2 ni macam mana nak guna Fire Extinguisher ni kalau berlaku kebakaran. ( Harap2 tak berlakulah... ). Walaupun depa faham cara guna secara teori, tapi depa ni tak pernah guna secara praktikal.. So, sy terpaksalah korbankan 1 Fire Extinguisher ni utk training... Tempat training dekat tempat bakar sampah dekat reban sy. Sy nyalakan api lepas tuang petrol dekat sampah tu.. Apa lagi.. api yg naik tu pun boleh tahan la jugak besar...
.
Ishak tengah memadam kebakaran dengan Fire Extinguisher...

Dlm masa 2-3 seconds, semua api habis terpadam.. Ishak berjaya padam api dengan berjaya

Semua Bangla diberi peluang utk padam api sorang sekali... Semua kena experience macam mana nak guna benda tu.. Semua org berjaya padam api.. Dan the main thing sy pesan kat depa, nak padam api tu kena halakan ke arah punca api, bukan ke atas. Semua faham...

Sy ajar benda2 ni kat Bangla sebab takut anything happen yg melibatkan api kat reban.. Before this pun dah dua kali berlaku percikan api kat reban sebab short circuit... Nasib baik dpt padam gak api tu dengan air. Sebagai langkah berjaga2, sy beli 5 fire extinguisher ni dan juga Insuran utk reban... Harap2 sy tak perlu guna benda2 ni... Amin...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top