Assalamualaikum,

Petang tadi, 3 lori datang keluar. Tangkap di EP11. Pukul 7.30 petang tadi selesai tangkap... Masalah skrg ni, susah gila nak cari org yg nak tangkap ayam. Biasanya sy akan import Bangla dari luar utk tangkap ayam di sini.. Tapi kali ni ntah mana pi, semua Bangla2 luar sibuk. Semua dah ada kerja... Aduh.. Parah.. Tadi tangkap 4500 ekor, 4 org pekerja saya saja yg tangkap. Perghh.... parah2...

Mlm ni sy tgk TV3, cerekarama ... Cerita KETENTUAN... sedih hati ni.. Tgk macam mana seorang anak yg berasal dari keluarga miskin, kemudian berjaya dan jadi kaya....kemudian dia ni terus lupa diri... Terus tak ingat nak balik kampung... tak ingat nak bagi duit kat keluarga... Tak mau tolong adik dan kakak dia yg susah... Pendek kata.. dia ni dah lupa diri.. Lepas tu, ditakdirkan Allah.. Dia dan suami dia accident dan suami meninggal... Lepas tu anak2 dia tak nak jaga dia.. Dan hantar dia ke kampung... suruh mak su dia jaga... lepas tu, perempuan tu pun insaf...

Pengajaran yg sy tgk.... Mesejnya jelas... Kita sebagai anak kena hargai dan sayangi ibu bapa kita... Marilah kita sama2 fikir kembali, berapakah wang yg kita kirim utk ibu bapa kita setiap bulan.. Tak kirala ibu bapa kita ada duit atau tak... Soalannya, pernahkan kita beri... Berapa lama sekali kita nak jenguk ibu bapa kita di kampung... dan sekurang2nya.. berapa kali kita telefon ibu bapa kita dalam sebulan... sama2 kita renung dan ambil iktibar...

Anyway.... pagi tadi ada org call sy... Ada tanah nak dijual di Lubuk Buntar.. Dekat2 dengan Bandar Baru... Dia kata 2 relung setengah.. Tapi nak jual sampai RM75k. Mahal gila... tapi, esok pagi sy nak pi tengok dulu....

Oklah.... Till then.. Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top