Assalamualaikum,

Baru2 ni, CP ada hantar statement EP11 dan EP07 utk pusingan yg lepas. Alhamdulillah, untuk reban yang sy dibawah jagaan .... sy dpt mengekalkan prestasi cemerlang seperti pusingan2 yg dulu. Walaupun tak mencapai apa yg sy target, sy tetap bersyukur sebab sy still antara farmer CP yg dpt untung tertinggi utk tempoh 3 minggu lepas. Ramai kawan2 yg bela ayam call sy, ada yg tertanya-tanya macam mana sy boleh untung padahal ramai farmer2 lain yg rugi. Ada yg puji, dan bila depa tanya, sy cerita apa yg perlu. Dan, ada pulak kata sy tak cerita habis... ada lagi yg sy rahsiakan... Padahal sy dah cerita habis apa yg sy buat...

Member sy, Leong pun call... Dia cakap, "Engineer, u betul2 pandai skrg jaga ayam.... Orang Cumberland cakap sekarang ayam semua teruk... ini 2 reban jugak untung ok... Ini mcm baru bagus... Mau jaga ayam elok2 lain kali... Kalau itu hari tarak mati banyak, mesti lagi untung besar"......

Utk tempoh 3 minggu yg lepas, sy tengok reban ayam kawan banyak yg jadi haru biru. Performance farmer2 lain utk tempoh 3 minggu lepas banyak yg OUT. Fenomena ni bukan jadi dlm CP saja, tapi sy contact member2 di HPA, CAB yg keluar ayam dlm tempoh 3 minggu lepas, semuanya OUT. Banyak farmer yg rugi kali ni. Ada yg rugi sket, ada yg rugi banyak. Utk farmer CP, tak ramai yg survive..Dlm 3 minggu lepas, ada 3-4 reban saja yg dlm RM1 ke atas. Yg lain, banyak yg rugi.

Semua org tak tau apa punca, evem GM CP pun pening kepala apa fenomena yg melanda ayam2 ni.... Kenapa ayam tak mau besar, banyak ayam yg ringan walaupun makan banyak. Tu punca ramai farmer yg tak perform kali ni. Food Conversion Ratio ( FCR ) tinggi.

Tapi, CP bermurah hati kali ni. Sebab harga ayam kali ni tinggi masa jual, dan CP pun ada untung lebih... so, CP ada la bagi saguhati kepada farmer utk bayar duit letrik dan gaji pekerja.. Terlepas la sket beban farmer2.

Bila di tgk balik peformance pusingan lepas, kalau apa yg jadi kepada farmer lain.. Masa ni la faedahnya kalau join dengan company HPA. Tak kira apa yg terjadi, HPA akan tetap bayar RM1.08 seekor kepada farmer. So, farmer akan dpt untung yg konsisten.... Tak payah risau ayam besar ke tak pusingan tu. Yg penting, kita jaga ayam elok2... Dengan HPA, dia kira ekor... So, senang la farmer...

Tapi, yg menjadi persoalannya, berapa lama HPA boleh bayar secara konsisten kepada farmer banyak tu. Sebab ada sesetengah farmer yg jual ayam luar dan jual dedak di luar. Utk untung lebih.. Tanpa memikirkan halal dan haram....

So, kalau yg nak join industri ayam.. Kena fikir masak2... Sekali kita masuk, kita tak boleh keluar.... Untung memang untung, tapi kena beringat utk hari2 susah... Masa untung banyak, jangan terlalu seronok... masa untung kurang, jgn terlalu sedih... buat yg terbaik, doa banyak2.. Selebihnya, serahkan kepada Allah untuk tentukan.

Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top