Assalamualaikum,

Dlm minggu ni, sy sibuk sket.. Sy memang dah beli tanah di Selama untuk perancangan masa depan kalau kalau nak tambah bilangan reban lagi... Tapi, jarak ke Selama dari rumah sy dlm 54km. Agak jauh.

So, sy pun ushar-ushar la tanah-tanah yg ada dekat2 sini. Mana tau jumpa tanah yg sesuai kat sini. Dlm 15km dari rumah. Setelah dok tanya tanya org, sy ada la pi tengok 2 tanah yg berpotensi utk buat reban baru. Kalau kalau sy ada peluang tambah reban baru. Tempat di Bandar Baru. Jarak dari rumah dlm 15 km.

First location : 1.75 ekar. Tanah lapang. Harga dlm RM60k utk 1.75 ekar

Ni contoh batu sempadan... Kalau sapa2 yg belum pernah tengok batu sempadan

Still gambar first location

Ni second location. Sama jugak saiz.. 1.75 ekar. Harga RM55k. Tanaman sekarang pokok kelapa sawit berusia 5 tahun

Second location.. Sy dok sukat lebar dan panjang tanah tu..
.
Dua dua tanah ni ada pro dan kontra utk projek ternakan ayam daging. Muat la kalau nak buat 2 reban lagi. Buat masa ni, sy tengah buat penilaian. Nak tunggu wakil CP mai tengok bagi pandangan. Sy ada gak panggil kawan sy dari Bukit Gantang utk mai tengok tanah tanah ni.. Nak minta pandangan dari mereka yg lebih luas pengalaman...
.
Persoalannya... kali ni nak kena beli cash.... Nampak gayanya kena buat loan dengan abg sy la kalau jadi beli...
.
Doa-doakan moga Allah berikan yg terbaik.. Amin..
.
Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top