Assalamualaikum,

Penat.... Penat..... Penat.... Itu ajalah kalimah yg dpt sy keluarkan dari mulut sy skrg ni... Sejak dari baby keluar, kehidupan sedikit berubah... Ditambah pulak ayam ni keluar masa kelahiran baby. Memang caca merba jadinya...

Hari Rabu, CP cuti tangkap ayam di reban sy sebab bagi peluang sy nak setelkan hal2 baby. Thanks CP. Then, hari Khamis CP "qada" tangkap ayam.... Kalau biasa tangkap dlm 7000 ekor sehari, hari Khamis tu tangkap in total lebih dari 10000. Pergh..... sekejap ajer, clear ayam satu reban di EP11. Tinggal sket ajer di reban ni. Tangkap ayam habis kul 12 malam. 8 org tangkap ayam. 4 org pekerja sy dan 4 org lagi tambahan org luar. Sakit badan2. Siap selsema lagi sebab mlm sebelum tu tidur di hospital, dengan aircond yg sejuk... Terus jadi tak menentu kesihatan sy...

Hari Jumaat, CP call kata nak tangkap 5 lori hari ni. Sy pun ckp la ok. Lori first sampai kul 11 pagi, tapi belum dapat order lagi. So tak leh tangkap lagi ayam dia. Pukul 12 baru dia dpt order, nak tangkap macam mana. Sebab dah dekat waktu nak solat Jumaat. Sy sedih gak, masa kul 1 ptg tu, dah dua lori yg datang. Tapi, satu driver pun tak solat Jumaat. Depa buat rileks aja. Macam tak der perasaan ajer tak solat.

Sy pun bawa la bangla pi solat Jumaat dulu, lepas balik baru start tangkap. Start tangkap ayam pukul 2 petang. Tiba2 CP call dan ckp nak tambah lori. Sy ckp la nak tambah lori tak pa, tapi lain kali cakap la awal2. Senang sy nak ready org nak tangkap. Bila sy sedia banyak org tangkap, lori CP dtg sikit, bila sy sedia org tangkap sikit, lori dtg banyak.. Kan susah mcm ni.. Sebab lori tambah dan sy kurang org, habis tangkap ayam pun lewat gak. Pukul 11 mlm baru habis.

Lepas balik, sy mandi... solat... rehat kejap.. Then tgk baby... Sian my baby, selalu gak dia nangis... Malam2 asyik jaga ajer.. Terpaksala my wife berqiamullail... Sebab sy dah betul2 tak larat, dengan baby asyik nangis... sy suruh maid sy tidur di bilik sy ngan my wife. Sy tidur kat bawah aje la.. Lebih aman... Badan dan letih sgt ni...

Bila sy lalui proses tangkap ayam. Setiap pusingan sy akan rasa badan letih dan sakit.. Kerja2 masa tangkap ayam ni memang berat dan susah... Kenkadang tu, sy terfikir, mcm mana la kalau org perempuan yg bela ayam... Mcm mana la nak berhadapan dengan semua ni..

Sy ada sorang kawan di Bagan Datok, nama dia Liza.. umur 29 tahun.. Dia dah 4-5 tahun bela ayam. Memang sy respect ngan dia... Sebab org perempuan boleh buat kerja2 mcm ni..... Last last, bila nak kawin.. haa.... suami dia pun berhenti kerja dan jaga ayam dengan dia... Ni la kehidupan kami dlm industri ayam... Banyak bergaul dengan org org ayam saja.... Dunia luar agak terbatas.... So, sesiapa yg rasa nak join industri ni.. better sedia dari segi fizikal dan mental.... Bukan mudah... Tapi, hasilnya lumayan kalau kita jaga elok2.. Kalau tak, hancur... Dan satu nasihat sy, kalau kita seorg yg kurang ada komitmen bila buat sesuatu benda... JANGAN BELA AYAM... SEBAB AYAM PERLUKAN SEORG YG BETUL2 KOMITED...

Ok.. that's all. Till then..

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top