Assalamualaikum,

Pagi tadi, sy call bos CP, Ilham.. Sembang ngan dia utk plan bila nak tangkap ayam. Dan sembang beberapa hal lagi la...

Tiba-tiba dia cakap, Azhar Technician CP di Alor Setar accident. Dia naik motor hari Ahad lepas dan berlanggar dengan motor juga. Keadaan dia agak kritikal dan sekarang di Hospital Alor Setar. Sebenarnya, sy tak rapat pun ngan Azhar ni... Dia technician CP di sebelah Alor Setar. Dia memang tak mai ke reban sy pun. Sy jumpa dia pun sekali dua aja. Sembang pun sket2 aja...

Keadaan Azhar ni teruk. Ilham cakap rahang gigi dia pecah. Mula2 Dr advise utk cabut semua gigi dia sebab ada gigi yg terbenam masuk dlm gusi. Lepas Dr pakar mai cek, Dr decide tak perlu nak cabut semua gigi dia. Tapi, Dr terpaksa masukkan besi utk sambung rahang dia yg pecah. Dan rahang atas tu tak boleh hold rahang bawah. Dah tergantung2. Dengar cerita ni pun dah menyayat hati...

Lepas tu, sy tanya la Ilham.. Siapa jaga dia skrg kat hospital? Ilham cakap, Azhar ni tak dak ibu bapa. Dan ibu angkat dia baru meninggal awal tahun ni... Saudara mara terdekat pun tak dak... Perghhh.. Menambah kesedihan sy lagi...

Sy pun tanya la kat Ilham... dia accident ni boleh claim Socso tak? Ilham cakap... Dia pun tak tau nak kata boleh ka tak.. Sebabnya, kejadian accident hari Ahad, hari cuti bukan hari kerja. Dan bertambah parah... Azhar ni tak dak lesen dan motor dia road tax mati.... Insuran tak dak... Cukup la.. Satu pakej yg lengkap utk melengkapkan lagi hari malang dia...

Sy tergamam... Terdiam.. Nauzubillah la kejadian macam ni jadi kat saya atau kpd sesiapa... Terlalu malang....

Then Ilham tanya sy nak gi visit dia tak kat Alor Setar.. Sy cakap la kat Ilham.. sy mungkin tak dpt pi ke sana. Ayam sy pun dah besar dan nak keluar dah. Bahaya waktu ni tinggal ayam. In case emergency.. Susah sy...

Ilham ckp dia akan ke sana utk visit mungkin hari Selasa/Rabu ni. Sy ckp la kat Ilham... tolong sampaikan sumbangan sy kepada dia RM100. Nanti sy bagi duit bila jumpa... Nak bagi lebih2 pun tak boleh.... Sebab sy dah infak duit ke tempat lain sebelum ni... Sy menolong sekadar yg termampu...

Kalau ada kenkawan yg nak membantu sahabat kita Azhar ni... please emel me... Kasihanilah dia.. Mungkin hari ni dia ditimpa musibah.. Hari ini dia susah kita tolong, esok lusa kalau kita susah.. yakinlah.. ALLAH PASTI AKAN TOLONG KITA....

Wassalam..

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top