Assalamualiakum,

Dah lama rasanya sy berehat lepas habis ayam. Dah puas jalan, dah puas duduk rilek... Sampai naik boring.

Sementara tunggu ayam yg akan masuk hari Jumaat dan Isnin ni, sy dah buat beberapa servis di reban. Kalau dulu, biasanya sy akan sembur hanya sekali racun anti virus dlm reban... kali ni sy sembur dua jenis racun yg berbeza. Alasannya, pusingan lepas ayam sakit teruk, so kena tambah banyak sket dia punya antivirus... Nak make sure any sisa2 kuman pusingan lepas clear.

Sy dah panggil wireman datang check wiring kat reban. Buat maintenance. Dlm masa yg sama, sy pun tanya la kat wireman tu macam2 soalan yg terbuku dlm hati pasal wiring. Alhamdulillah... My understanding pasal wiring reban makin mantap.. Syukur sangat2. Sebab, sebagai farmer yg buat projek ayam reban tertutup, mesti ada basic knowledge about wiring.

Sebabnya, kalau ada apa2 emergency, kita org pertama yg kena respond. Kalau kita nak tunggu wireman dtg, kalau terlambat, macam2 boleh jadi di reban. Especially kalau ayam dah besar. Dan sy pun dah beli beberapa barang penting buat spare. Takut takut kalau jadi waktu malam ka, kedai tutup.. At least kita ada barang spare..

So, esok ayam masuk... Budak2 tengah prepare reban. Siapkan apa yg patut. Skrg diaorg tengah ratakan sekam padi dlm reban. Lepas tu, basuh equipment anak ayam dengan anti virus.

Harap kali ni ayam ok.. Dapat lebih baik dari pusingan lepas. Dan sekali lagi, kali ni sy nak letakkan target SEEKOR AYAM RM1.80 dengan CP. Mudah2an, Allah permudahkan segala urusan sy kali ni dan dijauhkan dari segala mala petaka atau bencana yg akan menimpa... Amin...

2 comments:

  1. nanti kita jumpa, nak belajo gak bab eletrikal ni

    ReplyDelete
  2. Bila nak mai ni???

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top