Assalamualaikum,

Ayam sket ajer lagi nak habis. 2200 ajer balance. Skrg tengah tunggu lori dari Kelantan nak dtg sapu lau. Ayam ni saiz 2.1-2.2 kg.

Reban first dah habis. Alhamdulillah. Untung pun dah kira. Amat memberangsangkan. Sy dpt lebih dari yg sy jangka. Memandangkan pelbagai karenah dan problem yg sy lalui kali ni. Dari ayam sakit yg kronik, baik,then sakit kena cacing pulak, dengan masalah wiring yg pelbagai. Akhirnya selamat. Dan dengan untung yg dpt kali ni, sy rasa syukur sebab mula2 sy dah mcm hilang harapan dengan pusingan ni.

Tapi, Alhamdulillah... mungkin ni yg org kata rezeki anak yg nak dtg. Before this, org kata, kalau kita kawin, rezeki akan bertambah dan makin mudah dtg. Alhamdulilah, sy dah rasa ni. And ada jugak org kata, kalau ada anak, rezeki nanti akan bertambah. Harap2 betul. Tapi so far, sejak my wife pregnant... rezeki hasil ternakan ayam bertambah2. Melebihi daripada yg pernah sy mimpikan... Alhamdulillah... kena selalu sujud syukur ni.

Kejap lagi lepas lori dari Kelantan dah habis tangkap, boleh start kira untung reban lagi satu.

Wasaslam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top